Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Friday, 28 March 2014

My Wonderful Holiday

 
 
27-28/4/2014...hari paling best.. Dapat jumpa my ex-roomates masa dekat matrik. sweet giler u know.. lepas je test bi terus gerak pergi ukm dengan qila naik ktm. gerak dalam pukul 10 pm dari upm. sampai je dekat ktm ukm, ain ambik naik kereta. excited sangat masa ain datang ambik. sebab dah lama tak jumpa ain kan. tapi tak la menunjuk sangat. malu la kat orang.haha. mula-mula sekali kiteorang singgah bilik ain bagi ain tukar baju dulu and lepas tu pergi ambik ikin pulak. next aktiviti kiteorang p melantak kat tempat makan dekat ukm, 'kiosk' katanya. ok la makan dekat situ. harga TERBAIK!!! teh o ais RM1 je nak oiii. bukan senang nak cari. makan dengan penuh selera sekali walaupun environment kat sana macam kurang selesa sikit sebab adanya anasir-anasir and mata-mata yang kurang menyenangkan.

lepas makan kiteorang macam dah takde arah tujuan. so kiteorang decided pergi alamanda putrajaya. sebelum ni pun pernah jugak lepak dengan ain and ikin dekat ukm and alamanda juga la tempat kiteorang pergi sebab memang tu je tempat yang ada kalau nak lepak tengah-tengah malam sampai lewat pagi. aktiviti kat sana tengok wayang. kiteorang tengok Captain America yang katenya best sangat. not bad la. bolah la bagi 4/5 bintang. tak boleh bagi full stars sebab ada jugak part-part yang buat orang ngantuk. hehe. sampai dekat alamanda dalam pukul 12.15am lebih kurang laa. tapi kiteorang terpaksa tunggu sampai 1 jam lebih sebab wayang full. kiteorang ambik tiket pukul 1.50am itu pun dapat tempat agak depan juga la..tapi ok laa. so sementara nak tunggu wayang start kiteorang pun ambik kesempatan sembang-sembang, tukar-tukar cerita, maklumla dah lama tak jumpa. kiteorang berempat, tapi separate. aku dengan ain, qila dengan ikin. dan bermula lah sesi berborak-borak kami. sempat juga berselfie untuk kenang-kenangan katenya. hehe.

kami.. qila-ikin-ain-ina
 
ini gambar dekat alamanda sebelum wayang start. nak kenalkan yang dari kiri sekali qila, sebelum ni pun pernah bagitahu pasal qila. sebelah qila ikin, lepastu ain and akhir sekali aku. sebenarnya ada cerita disebalik perkenalan kitaorang. aku kenal ain dengan ikin tahun 2011 kalau tak silap, masa tu study dekat matrik. kenal sebab kitaorang dapat bilik yang sama. sebelum dapat bilik sama dengan ain, aku dah kenal dia sebab tahun 2010 kiteorang dalam kumpulan kuliah sama (matrik 2 tahun). tapi kenal ain cuma kenal-kenal macam tu je la. nama tak tawu pun. cuma tawu la kewujudan ain ni. hehe. masuk tahun kedua matrik baru la kenal dia betul-betul sabab dapat bilik yang sama. kenal dengan ikin sebab dia pun roommate aku juga and aku dengan ikin dapat kumpulan kuliah yang sama. qila pulak classmate ikin. diorang ni memang bestfriend la. start kenal qila sebab kiteorang sama kumpulan kuliah and qila selalu juga datang bilik sebab nak jumpa ikin. so, kenal-kenal macam tu la. apa yang uniknya, bila masuk u, aku and qila dapat u yang sama and kos yang sama. ikin pulak dapat u yang sama dengan ain and diorang dapat kos yang sama juga. start dari situ aku makin rapat dengan qila and ain sememangnya masih bersama dengan ikin. :'). oleh kerana kiteorang semua kawan antara kawan, so senang la nak contact each other. kalau nak jumpa ain or ikin senang sebab qila pun kawan dengan diorang juga. semuanya Allah dah tetapkan. persahabatn kami pusing-pusing dekat situ juga. Alhamdulillah.. ok lepas dah cerita ni mungkin dah boleh faham kenapa kiteorang separate. kiteorang ada cerita masing-masing. hehe. sebenarnya nak bezakan umur kiteorang. yang muda dengan yang muda and yang tua dengan yang tua. hahha (oh~ tak boleh terima yang tu).

ok lah. lepas habis borak-borak, tengok wayang yang panjang sampai pukul 4am and qila dengan ikin pun sampai tido dalam wayang, kiteorang pun balik ukm. and once again kiteorang separate. aku tidur bilik ain, qila tidur bilik ikin. memandangkan roommate ain takde, so aku tumpang la sekaki katil dia. memandangkan ikin tidur kat bilik dia sorang-sorang, qila pun tumpang la bilik ikin sekaki tapi maap la kena tidur bawah. kuikuikui. tak merasa nikmat tidur atas katil.

bangun pagi aku pun siap-siap nak balik upm semula. pagi tu ain buatkan air coklat, bagi biskut, nak mandi pun ain bagi towel, barang-barang mandi, kain batik, semua dia bagi pinjam. naik segan la aku dengan ain. aku ni dah la pemalu.hehe. ditambah lagi dihidangkan macam-macam, lagi la segan berbakul-bakul..thanks sangat-sangat dekat ain sebab melayan tetamumu yang pemalu ni. haha. sebagai balasan aku tinggalkan aku punya sweater kat bilik ain sebagai kenang-kenangan.haha. beriya. tinggal sebab malas nak bawak balik. leceh. haha. sebelum balik kiteorang berempat pergi makan dulu dekat resorant cina muslim Mohd Chan Abdullah dekat bangi. makan kat sana bolah tahan sedap tapi harga tak bolah tahan. first time makan dekat situ, tengok menu je kering ayaq liuq ceq. last-last biar ain dengan ikin yang dah biasa makan dekat situ yang pilih menu.



lepas makan, ain hantar aku dengan qila dekat ktm. masa tu rasa sedih pulak nak berpisah.huhu. mana taknya dah seronok-seronok tiba-tiba kena berpisah pulak. sedih la kan. sebelum balik ikin bagi aku satu bekas tempe sambal.banyak tu. makin segan la aku. haish... thanks ikin. macam tawu-tawu je aku ni terlalu addicted dengan tempe. hehe.


ada lagi yang buat aku bertambah segan. aku dengan qila makan dekat restoran tadi tu tak bayar pun. huarrrrr...malunya. mula-mula lupa nak bayar lepastu qila sempat la ingatkan, lepastu diorang taknak pulak bila kiteorang nak bayar. mahal kot makan dekat situ. thanks sangat-sangat. rasa nak sorok muka bawah tayar kereta.

apapun terima kasih yang tak terhingga buat ain dengan ikin sebab sudi luangkan masa dengan aku and qila. terima kasih untuk semuanya. sangat terhutang budi dengan dorang :') . mintak maaf sangat-sangat kalau kedatanganku menyusahkan. dan aku dah pun plan dengan qila nak belanja dorang makan, belanja minyak kereta kalau dorang datang upm nanti.

sememangnya erti persahabatan tu sangat besar.  nilai persahabatan tu tak boleh dibeli. bersyukur la kita selagi kita mempunyai sahabat. walaupun kita seorang yang suka bersendirian, lebih suka bergerak secara solo, sahabat tu tetap penting. kadang-kadang kita memang tak boleh nak elak dari meminta bantuan dari seorang sahabat. hargai lah sahabat-sahabat kita.

cukup la setakat ini kisahku pada tarikh 27-28/4/2014. till we meet again my roommatessss. love them so much.

**sebelum terlupa, nak mintak maaf kat ain sebab crop gambar yang ain post dalam instagram..hehe

wasalam..