Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Sunday, 12 January 2014

Ustaz Don Daniyal Punya Cerita


   

ok, sebelum start berceloteh nak bagitau kalau reader rasa sakit kepala dengar lagu yang berkumandang masa baca boleh je stopkan. dekat atas sekali tu kan ada music player. tekan je situ. lupa nak bagitau sebelum ni. dan be nice ye masa tengah baca, jangan nak menonggeng atau buat aksi-aksi tak elok. kerana anda sentiasa diperhatikan. nampak tak cctv dekat belah kanan atas sekali tu. baru je pasang.. haha.
sibuk dengan hal-hal dunia kadang-kadang kita terlupa dengan pengisian rohani kita. banyak kah? sempurna kah? yang tu kena tengok dan nilai balik. orang lain tak boleh nak menilai kesempurnaan amalan kita melainkan kita sendiri yang menilainya sebab kita yang buat dan seterusnya Allah yang akan tentukan sama ada amalan kita diterima atau tidak. banyak perkara simple yang kita boleh buat untuk dapat pahala. contohnya, bagi senyuman yang ikhlas dekat orang, ucap terima kasih, tolong orang, dengar ceramah (bukan ceramah politik ea, tapi ceramah agama) dan banyak lagi lah. point utama aku adalah nak share pasal penceramah atau pendakwah yang aku suka..hehe. semua orang kenal dengan penceramah yang tengah meletop-letop sekarang ni macam Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Don Daniyal, Imam Muda Asyraf, Ustazah Nor Bahyah, Prof Dr. Muhaya dan ramai lagi laaa.. nak senaraikan memang ramai sangat. antara semua-semua penceramah tu mesti ada sorang yang betul-betul jadi favorite kita kan? macam aku, Ustaz Don Daniyal menjadi pilihan. bukan lah maksudnya aku tak suka yang lain tu. gila ke tak suka.haha. maksud aku yang paling aku minat. yang lain pun suka jugak sebab dorang semua kalau bagi ceramah memang gempak habis kot..
tapi nak bagitau dulu sebelum reader fikir bukan-bukan. suka kat Ustaz Don bukan sebab dia muda or sebab dia handsome ea, jangan salah faham. suka dia punya penyampaian, lawak, pengisian ceramah dia je. cuma nak bagi tau 1 je yang isteri dia cantik. hehe tetiba.. kalau siapa biasa dengar ceramah dia ni mesti tau macam mana style dia bagi ceramah. sempoi dan tegas.. sebenarnya aku baru tawu yang beliau ni pensyarah kat KUIS. untungnya la student-student dia. mesti seronok kalau dapat jadi anak didik dia. anak kelahiran Pulau Pinang ni lulusan Universiti Al-Azhar. status pendidikan Ijazah Sarjan Muda Takhassus Qiraat dari Shoubra, Mesir. wow, memang hebatlah. sebenarnya aku tak tau pun Takhassus Qiraat tu.hehe. tapi aku ada buat research sikit pasal benda tu. maksudnya satu ilmu tentang cara nak sebut kalimah Al-Quran berserta kepelbagaian padanya dengan disandarkan pada periwayatnya. apa yang aku faham mungkin belajar mendalami ilmu Al-Quran kot. lebih kurang macam tu lah..



sampai sekarang masih belum ada peluang dengar ceramah ustaz secara live. sempat tengok kat youtube je. memang best la. kalau tengok style ustaz bagi ceramah ni agak serious sikit tau kadang-kadang tu macam nak marah orang pun ada jugak. tapi lawak-lawak still ada. tapi memang best la. kadang-kadang bila ustaz nak cerita tentang satu isu yang boleh menyentuh mana-mana pihak, ustaz akan mintak maaf dulu. macam dalam video kat bawah ni (time:0.45) bila ustaz nak bercerita pasal hukum rokok memandangkan kat dunia ni dah ramai sangat orang yang merokok dan tak faham-faham bahasa yang rokok ni haram. ok, aku pun nak mintak maaf. haha





dan yang paling bagusnya ustaz ni ada confident level yang tinggi. bila bercerita atau nak tegaskan sesuatu perkara tu ustaz terlalu yakin yang ustaz ni betul sampai siap suruh kita pergi carik lagi sumber yang beliau bagi tu. hamboii ustaz ni bukan main lagi.. kat mana pulak nak mencarinya. orang sekarang ni nak dengar ceramah pun tak sempat apa lagi nak carik sumber-sumber dalil tu semua. jom tengok video ni kejap (time:4.33)






ustaz jugak pernah cakap banyak contoh dan kata-kata ustaz cuma ambik dari tuan guru ustaz. maknanya ustaz ni kira merendah diri jugak la bila ustaz sendiri bagitau ustaz cuma ambik ayat tuan guru ustaz je. tugasnya hanya menyampaikanya. atau erti kata lain menyebarkan ilmu.. (0.59)






pernah dengar suara ustaz mengaji. hamboii.. merdu bukan main. sedap didengar macam boleh makan. haha. satu benda yang agak buat aku terkejut sikit bila ustaz pernah cakap dalam satu ceramah dia ni yang ustaz tak pernah ada twitter, tak pernah ada facebook.. aik! selama ni aku dok follow ustaz don daniyal ni don yang mana. haha. facebook pun sama jugak. haih.. tertipu rupanya. tapi biasa lah, orang biasa-biasa ni suka menyamar jadi orang yang famous-famous. tapi nasib baik apa yang dorang tweet dengan apa yang dorang post tak mencemarkan nama baik ustaz. semua ayat baik-baik punya sampai orang pun percaya tu memang twitter atau facebook ustaz. tapi tak elok la guna nama orang lain. kalau dapat persetujuan tuan punya badan takpe la jugak. ataupun kalau dah minat sangat dengan ustaz ni sampai setiap perkataan ustaz tu boleh hafal buat la nama profile tu "kata-kata Ustaz Don" ke, "nasihat Ustaz Don" ke..tak pun letak dekat description tu bagi tau account ni cuma himpunana kata-kata Ustaz Don. ni tak, letak nama betul-betul nama ustaz tu sampai orang ingat tu betul-betul Ustaz Don. tapi tak la semua. ada jugak yang buat description bagi tau cuma kata-kata ustaz je. yang buat tu bagus la kan..

oklah. rasanya cukup la setakat ni bercerita pasal Ustaz Don Danial ni. sekali lagi nak tegaskan, suka pada ustaz ni tak bermakna tak suka pada pendakwah yang lain ye. pada readers jangan lupa dekat-dekatkan la diri dengan Pencipta kita. selain Al-Quran,Hadis dan Sunnah sebagai panduan, jadikanlah para ulamak sebagai rujukan.

wasalam..