Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Saturday, 11 January 2014

Times Square Punya Cerita

 
 
  
     ok, memandangkan final exam dah habis, so siang tadi aku bersuka ria menghabiskan masa pergi TS (times square). bukan lah shopping sakan cuma beli barang sikit je. percaya ke tak aku pergi sana sorang-sorang? terpulang la nak percaya ke tak. tapi yang pastinya memang pergi sorang-sorang. memang suka jalan sorang-sorang ni. nak beli apa, nak pilih apa tak ada orang kacau. hehe. tapi sebenarnya sebab kawan-kawan semua dah balik bercuti. tinggal aku sorang-sorang sebab aku kan kena pergi kem. sedih~. cehh, tak ada lah sedih sangat pun.. 

sampai dekat ts lebih kurang pukul 11 pagi. masa dekat ts banyak kali aku tengok peta sebab cari kedai yang aku nak pergi tu tak jumpa. sape yang pernah pergi ts tu mesti tau macam mana besarnya ts tu. aku yang dah pergi banyak kali pun nak cari kedai masih lagi tengok peta. nak-nak lagi pergi sorang-sorang tadi, memang tah kemana-mana aku redah. hehe. 

mula-mula sekali aku pergi kedai baju. kedai baju tu memang aku dah lama aimed. dekat sana banyak jual baju kemeja yang jenis jeans. aku suka. nak-nak lagi harga pun murah. RM50 dapat 2. murah kan? nak cari saiz pun tak susah maklum la kite ni bukannya kecik. huhu. dapat lah baju baru hari ni. tak nak tunjuk gambar. malu. hehe. lepas beli baju pergi survey luggage pulak. sem ni balik rumah nak bawak barang banyak. nak pakai beg biasa tak larat nak mengangkutnya. jalan punya jalan sampai 3 kedai aku terjah. semua mahal-mahal. last-last kedai ke 3 baru lah dapat betul-betul murah. harga asal RM69 dapat kurang RM6o. Alhamdulillah.. dapat jugak cari kedai yang murah. kedai tu namanya Man Luggage. kedai tu dekat level 5. belah mana tu tak ingat. kalau dah dekat level 5 tu pusing je la. mesti jumpa punya. hehe. tak payah nak beli yang berjenama sangat. yang biasa je pun dah cukup.
 
inilah beg baruku..
 
lepas tengok beg aku tak terus beli sebab belum habis pusing ts lagi. kang kalau beli dulu tak pasal-pasal mengusung beg tu ke hulur hilir. menyusahkan je nanti. masa tengah pusing-pusing tiba-tiba aku terjumpa 1 kedai ni. kedai ni jual barang-barang k-pop punya. fuiyooo... cawan, key-chain, calender, baju, macam-macam lagi lah. ish, geram pulak tengok. apa lagi serbuuu.. masuk-masuk je aku tak pandang lain dah, carik barang girls' generation je laa. maklum lah, aku kan minat girls' generation. haha. lama jugak la aku dok betapa dalam kedai tu. pilih itu ini sampai tak tau nak beli yang mana. rasa macam nak beli satu kedai. sebenarnya dah rambang mata tu yang sampai tak tau nak beli apa. makin lama aku dekat dalam kedai tu makin ramai pulak yang datang. sampai kedai tu jadi crowded sangat. nak jalan pun susah. aku perhati je orang yang keluar masuk kedai tu. semuanya excited terlebih tengok barang-barang k-pop ni. lagi-lagi yang perempuan. melompat-lompat bila tengok barang yang ada gambar artis k-pop lelaki yang dorang suka. si mamat jambu. haha. tak minat sangat artis lelaki korea ni. jambu air..cehh, macam yang perempuan aku suka sangat. padahal kenal 1 group tu je. hehe. apa yang peliknya tiba-tiba aku nampak ada pakcik makcik dekat dalam kedai tu. eh, minat k-pop jugak ke?. pelik jugak ni. ingat orang muda je yang layan k-pop ni. warga emas pun suka jugak..hehe... tak pe, bagi dorang peluang. haha. punya lah lama aku dekat dalam kedai tu last-last aku beli key-chain kecik je. hahha. kalau nak ikutkan hati memang banyak nak beli tapi fikir wangnya tak ada, so key-chain kecik pun jadi la. kecik-kecik pun harga RM5. kalau ada yang berminat boleh lah datang ts ni. carik kedai ni dekat level 2. nama kedai My Star. macam biasa la belah mana tu tak ingat. pusing la satu level tu. mesti jumpa punya.
 
key-chain girl's generation.

lepas dah beli key-chain, pergi watson pulak beli pencuci muka dengan syampu. dah kehabisan bekalan. huhu. seronok sangat berjalan tengok jam dah dekat pukul 2. bukan main lama lagi menyoping sampai tak sedar cepat betul masa berjalan.  aku pun cepat-cepat carik macdonald sebab dari pagi tak makan lagi. beli 1 set machicken bungkus. lepas tu terus laju-laju pergi carik balik kedai Man Luggage tadi. dah nak balik baru boleh beli luggage. hehe. masa dekat KTM ada orang tegur aku. dia tanya nak balik kampung ke. hehe. aku ye kan je. malas nak banyak cerita. aku ni jenis malas nak bercerita panjang-panjang nak-nak lagi dengan orang yang tak kenal. 

sampai kolej dalam pukul 3.30 terus cepat-cepat campak beg sebab tak solat zohor lagi. hehe. nasib baik sempat. penat sangat hari ni. berjalan tak ingat dunia. takpe la. bukan selalu pun. huhu. rasanya cukup la untuk cerita yang ni. penat dah menaip ni. 

ok, that's all ye readers. annyeong, saranghae..

wasalam...