Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Friday, 10 January 2014

At The End of the Final Exam

Assalamualaikum...

ok, setelah sekian lama tak update blog akhirnya hari ni aku dapat jugak melepaskan gian nak update blog. hehe. tapi hari isnin hari tu aku ada juga post something kan? tu sebab dah tak tahan sangat la tu nak mengupdate. sepanjang kehilangan aku adalah kerana aku sangat sibuk dan kehidupan agak tidak terurus disebabkan final exam. dengan tamatnya paper prinsip ekonomi tadi maka dengan rasminya berakhirlah aku punya final exam dan aku telah menamatkan pengajian aku untuk semester 3. waa...sangat mencabar dan sangat menguji ketahn fizikal dan mental aku.

final exam baru je habis, tapi otak masih lagi tak dapat berehat dengan betul-betul tenang sebab masih terfikir lagi dengan apa yang aku jawab masa exam. tapi nak komen banyak-banyak pun tak guna. perkara dah lepas. apa yang kena buat sekarang adalah berdoa dan tawakal dengan usaha yang telah aku buat.

sejak 2 3 hari lepas semua mahasiswa dah sibuk kemas-kemas barang nak balik bercuti. tapi aku baru je habis exam. rasa tension jugak bila tengok mereka-mereka ni sibuk usung beg sana sini. nak-nak lagi bila tengok roommate sendiri dah chow dulu. haish, makin la tension aku ni. tapi hari ni aku dah boleh start kemas barang aku pulak. tapi malang sekali masih lagi tak boleh balik rumah sebab kena pergi kem pulak. alamak aiii... nasib badan.. orang lain cuti sebulan lebih tapi aku sebulan je sebab kem seminggu. ok lah tu daripada tak cuti langsung kan. kem kali ni buat dekat penang. walaupun berat nak pergi tapi dalam masa yang sama rasa tak sabar jugak sebab tak pernah pergi penang. masa sem 1 dulu aku kena pergi jugak kem macam ni tapi dekat perak. apa yang buat aku rasa berat nak pergi ni bila teringat balik pengalaman kem yang lepas. sangat menakutkan, menyedihkan, menggeramkan dan semua perasaan ada. mungkin kem kali ni lain sikit sebab pengarah kem pun dah tukar orang tapi aku dapat rasakan yang aku akan menghadapi perasaan yang sama macam kem yang lepas. nama pun kem kepimpinan mestilah menguji mental dan fizikal habis-habisan. apa pun tunggu dan lihat je nanti. nnti aku akan update bila kem dah habis nanti. 

sebenarnya banyak benda aku nak share tapi memandangkan aku tak isyak lagi (amboii, teruknya perangai) dan aku belum kemas barang satu apa pun, jadinya aku kena berhenti membebel dulu. nanti dah beres semua kerja aku akan datang mengupdate balik ye.

ok, chow cin chow..

saranghae uollsss

wasalam..