Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Sunday, 1 December 2013

Tak Tidur Boleh Mati

assalamualaikum..

tahukah korang semua tak cukup tidur boleh menyebabkan mati cepat?
bunyi macam pelik kan? tapi itu adalah fakta. bukan auta ea.. baru-baru ni aku selalu je tak cukup tidur. kadang-kadan tidur 2 hingga 3 jam je sehari. kenapa? hehehe. malu nak bagitahu. mestilah study. tapi study sikit je yang lebihnya bazirkan masa dengan online. (daripada kau online baik la kau tidur mek oiii..) hahaha. exactly. lebih kurang seminggu juga la tak cukup tidur disebabkan terlalu taksub mengonline. dan lepas tu memang terasa sangat kesannya pada badan sendiri. penat, lesu, sakit kepala. aku mula terfikir dan bertanya pada diri sendiri, tak bahaya ke kalau setiap hari tak cukup tidur? apa kesannya? ini lah kesannya kalau tak cukup tidur, bertanya soalan yang tak rasional kepada diri sendiri. dah tahu tak tahu buat apa tanya pada diri sendiri lagi kan.. tanya la pada yang pakar.

seperti biasa tempat rujukan terbaik adalah Mr. Google. aku ada buat sedikit research tentang kesan kurang tidur ni. lepas buat research, aku agak terkejut juga lah dengan hasil research aku. ececeh.. ye ye je aku ni. sebenarnya terkejut dengan kesan tak cukup tidur je. nak tahu apa kesannya? moh la kita sama-sama tengok dan baca.

check it out!!

KESAN BURUK KURANG TIDUR: 
    1. KEMALANGAN 
      • Contoh paling senang ialah kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di musim perayaan. Kerana pemandu biasanya tidak cukup tidur kerana memandu jauh, memandu at odd hours to avoid traffic jams, terlalu lama stuck in traffic jams. 
    2.  SEMAKIN BODOH 
      • Tidur memainkan peranan penting dalam proses pemikiran and pembelajaran manusia. Obviously, bila kurang tidur kita sukar hendak beri perhatian, tidak peka kepada keadaan sekeliling (ini juga boleh menyebabkan accident!), kacau fokus, dan ultimately impair problem solving skill kita. Bayangkan jika ini berlaku kepada orang dewasa, apatah lagi kesannya kepada kanak-kanak dan pembelajaran mereka! 
    3.  PENYEBAB PENYAKIT KRONIK
      • Kebarangkalian untuk menghidap penyakit kronik berikut lebih tinggi.
      •  Heart disease / Sakit Jantung
      • Heart attack / Serangan Jantung
      • Heart failure / Kegagalan fungsi jantung
      • Irregular heartbeat / Denyutan jantung tidak menentu
      • High blood pressure / Darah Tinggi
      • Stroke
      • Diabetes
      • Ini lah yang dikatakan boleh mati cepat. kalau dah macam penyakit dapat, probability untuk mati cepat sangat tinggi.
    4.  MENURUNKAN NAFSU SEKS  
      1. Well, the exact words are “kills sex drive”..kill –> membunuh? So, menurunkan pun ok la kan? :p.
      2. Sleep specialists mengatakan lelaki dan wanita yang kurang tidur didapati kurang bernafsu  dan berminat terhadap sex. Antara sebabnya adalah, kurang tenaga, mengantuk, dan stress.
      3. Kajian lain pula mendapati, ketidakpuasan seks antara penyebab utama berlakunya kecurangan.
    5. DEPRESSION / KEMURUNGAN 
    6.  NAMPAK LEBIH TUA 
      • perkara yang ditakuti bagi kaum wanita.
      • biasanya jika musim kurang tidur e.g. tengah kejar deadlines, kita akan experience muka pucat dan panda eyes. Tapi, jika kurang tidur yang berterusan, boleh menyebabkan kulit kusam, fine lines dan lebam bawah mata. 
      • Bila kurang tidur, badan akan mengeluarkan lebih banyak stress hormones kortisol. Kortisol yang berlebihan boleh BREAK DOWN SKIN COLLAGEN. 
    7. PELUPA 
      • Pelupa ini kalau benda kecil-kecil ok lagi. Tapi takut akan terlupa tutup suis, terlupa tutup gas masak, terlupa tutup paip air, terlupa gear kereta tak neutral lagi…yang semua pun boleh membahayakan kesihatan dan nyawa ye. 
    8. BERTAMBAH BERAT BADAN
      • Kurang tidur menyebabkan kita lebih cepat lapar + lebih berselera makan 2004 study found, mereka yang tidur kurang dari 6 jam sehari adalah 30% lebih besar kemungkinan untuk menjadi GEMUK+LEBIH BERAT BADAN 
    9. MENINGKATKAN RISIKO KEMATIAN 
      • In Whitehall II Study published in 2007, researchers mendapati pekerja yang tidur 5 – 7 jam, atau kurang dari 5 jam sehari, DOUBLE risiko kematian mereka (dari pelbagai penyakit/sebab). Kurang tidur DOUBLE risiko kematian dari penyakit kardivaskular. 
    10.  IMPAIRS JUDGEMENT, ESPECIALLY ABOUT SLEEP 
      • Kurang tidur akan memberi kesan bagaimana kita menganalisa sesuatu perkara. Ini akan menyebabkan kita membuat keputusan yang kurang bijak.
      • Zaman sekarang kadang-kadang sukar hendak mendapatkan waktu tidur yang secukupnya. Kadang-kadang bukan sebab tiada masa tetapi kerana sukar tidur. Jika ada pun, “jiwa kacau” dengan masalah kerja, masalah kewangan etc etc.
Ok, sekarang dah boleh faham kan kesan kurang tidur ni? semua orang tahu seeloknya tidur yang baik adalah selama lapan jam. tapi bila difikir semula macam susah untuk kita buat especially for students. dengan kerja yang melambak, projek itu ini dan test yang tak putus-putus lagi, apabila tidur awal sudah pasti merasa rugi sebab kena siapkan kerja yang melambak tu. aku mula terfikir satu cara untuk dapat tidur yang cukup terutama bagi students.

apa yang kita perlu buat adalah dengan memastikan kita siapkan segala kerja dan assignment on time. jangan tangguh-tangguh. bila kerja bertangguh memang confirm la gelabah bila dah sampai due date banyak yang nak kena siapkan. tu lah yang menyebabkan kita tidur lambat ditambah pula dengan test yang tak putus-putus.

lagi satu cara adalah tidur masa dalam kelas. urmmm... lain macam je. sebenarnya macam ini, sementara menunggu lecturer masuk atau setiap kali ada gap jangan nak bazirkan masa dengan borak-borak kosong, buat ketupat dan bergosip-mosip mak jemah. lebih baik tidur. dapat tidur sekejap pun jadi lah untuk gantikan masa tidur kita yang tak cukup tu. time lecturer mengajar jangan tidur pula ye. tapi biasa kan buat? hehe.walaupun lapan jam tu masih belum dapat dicukupkan, at least boleh lah topup-topup tenaga sikit kalau kita tidur waktu siang tu.

ok lah. senang cerita korang semua pandai-pandai la uruskan sleep time korang sendiri. apa yang penting jaga kesihatan dan jangan disebabkan terlalu sibuk kita lupa nak ambil berat pasal kesihatan kita.

ok, that's lah. semoga info yang aku bagi boleh dijadikan panduan. 

saranghea yow! 

wassalam...