Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Friday, 6 December 2013

Say Hello to Ice Addict

Assalamualaikum...

ok, tajuk lagi nak gempak. beriya sangat ni. hehe. apa yang aku nak cerita kali ni berkaitan dengan 'ice'. tpi ni bukan ice yang dadah tu tapi ice yang biasa ada kat semua kedai makan atau dalam peti sejuk rumah korang semua. atau dengan tulisan melayunya 'ais' dan yang paling mudah difaham adalah air batu.

aku ada kawan yang terlalu suka makan ais. aku tak tahu kenapa suka sangat makan ais ni. padahal tak ada rasa apa pun kan.. kalau air yang berais aku boleh terima lagi. tapi aku boleh selami hati seorang penggemar ais ni bila dapat makan ais. betapa indahnya mereka rasa bila dapat menikmati keenakan dan kerangupan ais tu sendiri. haha. aku pun pernah juga suka makan ais tapi itu dulu masa zaman sekolah rendah. kecik lagi masa tu. sekarang dah tak suka lagi dah.

tapi tahukah anda makan ais tu banyak kesan buruknya. nak tahu apa? kalau tak nak tahu mesti kena nak jugak! penat aku selongkar peti google nak cari info pasal ais ni. ok, let's check it out:

kesan buruk makan ais:
  1. badan mudah letih 
  2. kalau imun tak kuat boleh senang nak demam
  3. menyebabkan susunan gigi berselerak (terutama pada kanak-kanak)
  4. menyebabkan tulang cepat rapuh
  5. menyebabkan gangguan pada pencernaan lemak
macam mana badan boleh mudah letih? moh la kita baca cerita di bawah ni..
bila kita minum air batu seperti milo ais ke jus oren ke, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang teletak berhampiran esofagus juga jadi sejuk. keadaan ini menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair seperti air. air itu akan terkumpul dalam alveolus. bila kita selalu makan ais, proses ini akan berterusan dan akibatnya banyak air terkumpul di alveolus. air itu akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. boleh bayangkan ke?? hehe. (alveolus tu benda benda yang ada dalam paru-paru kita).

alveolus atau dalam bahasa omputihnya alveoli


air yang terkumpul dalam alveolus akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik iaitu menjalankan pertukaran oksigen dan karbon dioksida. lebih banyak air terkumpul menyebabkan paru-paru susah untuk bekerja dengan baik. sebab tu orang yang suka makan ais ni selalu je termengah-mengah bila terlampau aktif. yang selalu korang cakap tak cukup nafas tu la. sebabnya adalah kerana paru-paru menjalankan fungsinya iaitu pertukaran oksigen dan karbon dioksida agak lambat. tapi aku selalu juga rasa cepat mengah walaupun jarang makan ais. kenapa ek? ( itu sebab kau tu gemuk tak larat nak bawak badan. =.=' ) haha.


apa cerita dengan gangguan pencernaan lemak?
ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
aku kurang makan ais pun nampak gemuk je..( kau gemuk sebab kuat makan+tidur =.=' )

aku ada berita gembira nak bagitahu pada penggemar ais. makan ais juga tetap ada kebaikan juga. nak tahu? laju-laju cakap nak!!
let's check it out!!

kebaikan ais:
  1. biasakan diri mengunyah ais boleh tingkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. (kalau makan ais mungkin boleh jadi pelari terpantas ke??)
  2. boleh menolong orang yang ada insomnia. (siapa yang selalu tak boleh tidur malam tu jemput la makan ais banyak-banyak ea.)
  3. boleh mengembalikan memori atau sifat terlupa yang keterlaluan. ( kalau setakat lupa nak buat assignment tu tak payah nak jadikan alasan nak makan ais pulak. huhu )
tapi bagi aku baik elakkan yang buruk dulu. yang baik kita boleh cari jalan lain untuk dapatkannya. apa pun kepada penggemar ais sila berhati-hati. aku cuma nak mengingatkan pada korang dan diri aku sendiri. sebab kadang-kadang aku pun minum ais juga cuma kalau suruh mengunyah ais tu memang tak la. hehe 

ok lah, rasanya tu je maklumat yang aku nak bagi pasal ais ni. kalau nak tahu lagi bolah la terjah masuk dalam google. so, kepada penggemar tegar ais harap-harap info yang aku bagi berguna untuk korang semua. 

saranghae..

Wasalam...