Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Friday, 13 December 2013

Jom Kentut!!


Assalamualaikum..

ok, baru-baru ni aku dapat request dari kawan aku suruh aku buat cerita pasal kentut. wow! menarik ni. terima kasih my friend bagi idea. firstly aku nak bagitahu yang kentut ni sangat bagus untuk badan kita. kalau nak tahu orang putih suka kentut. maksudnya bukan la mereka asyik kentut je tapi bila dapat kentut tu mereka suka sangat. sampai ada satu keadaan tu mereka siap lawan-lawan kentut lagi. prott~prott~prutt~pritt~..eh, tetiba pritt bunyi wisel. haha. kalau nak dibandingkan kentut dengan sendawa, mereka lebih merasakan kentut tu lebih sopan daripada sendawa. nak tahu kenapa. sebab mereka rasa sendawa tu ibarat muntah kecil. siapa la tak geli dengan muntah kan.. tapi berbeza dengan orang kita. kalau dengar orang kentut tu rasa macam nak tumbuk je orang yang kentut tu nak-nak lagi kalau kentut tu bau telur tembelang atau bau orang cirit, peh! boleh koma la bila terbau kentut yang sebegitu rupa. ada pula yang nak gelak berguling-guling sampai merah padam muka bila dengar orang kentut. 


bagi orang yang kentut pulak kalau terkentut rasa macam nak benamkan muka dalam tanah sedalam 7 kaki. kadang-kadang macam nak tanggalkan muka sekejap letak dekat tepi sebab tak tahan malu. lain sangat dengan orang putih. mereka bangga bila mereka kentut sebab kentut tu menunjukkan mereka tu sihat.

aku nak tunjukkan beberapa fakta mengenai kentut:

1. asal kentut
dari gas dalam usus. gas dari reaksi kimia dan gas bakteria dalam perut.

2. kenapa kentut busuk
bau kentut yang busuk adalah disebabkan kandungan kentut itu sendiri yang mengandungi gas hidrogen sulfida & merkaptan. semakin banyak gas tersebut dalam badan kita, lagi busuk lah kentut tu. so, kalau siapa kentut busuk tu mesti dia tahan kentut lama sangat sampai gas tu terkumpul dalam badan terlalu banyak. yeksss.


3. kenapa kentut berbunyi
sebab adanya lubang getaran daripada 'anus' semasa gas dikeluarkan. kuatnya bunyi kentut bergantung kepada kelajuan gas yang keluar.

4. berapa banyak kentut terhasil dalam sehari
biasanya setengah liter dalam 14 kali kentut. haha

5. kenapa kentut keluar dari lubang dubur
memang la. kalau dari mulut tu sendawa namanya. hahaha. sebabnya density gasnya lebih ringan, jadi ia lebih cenderung untuk ke arah bawah.

6. adakah setiap orang kentut?
of course! kalau ada orang yang tak kentut tu maknanya dia bukan lagi tak sihat tapi dia adalah hantu. hahah.

10. betulkah lelaki lebih kerap kentut berbanding perempuan.
TIDAK dari segi sainsnya tetapi YA dari segi realiti kehidupanya. sebab perempuan ni kan pemalu. selagi boleh tahan kentut dia akan tahan sampai la merah padam muka, kadang-kadang sampai menggigil-gigil tahan kentut. bila dah dapat kentut dengan aman punyalah panjang kentut tu sebab lama sangat simpan. hahha. tak senonoh!



11. kacang menyebabkan banyak kentut
kacang mengandungi zat gula yang tidak boleh dicerna oleh tubuh. gula tersebut kalau sampai ke usus, bakteria di usus akan membuat banyak gas.

12. selain makanan, apa lagi penyebab kentut
udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa kunyah, minum softdrink, naik kapal terbang.

13. adakah kentut sama dengan sendawa
tidak. sendawa dari perut dan kandungan gasnya lain tak sama dengan kentut.

14. mana perginya gas kentut kalau tahan kentut
diserap oleh darah. gas akan pergi ke bahagian atas menuju usus dan akan keluar apabila tiba masanya. bukan hilang cuma postpone. haha

15. betulkah pening kepala kalau cium bau kentut 2-3 kali berturut-turut
mestilah kalau kentut tu setaraf bau bangkai. tetapi faktanya, kita akan pening kepala sikit je sebab kentut mengandungi sedikit oksigen.

16. warna kentut
tiada warna. kalau ada warna mesti semua orang tak nak keluar rumah sebab takut terkentut. kalau terkentut mesti ada orang tahu. lebih-lebih lagi perempuan.haha

17. apa terjadi kalau kentut di planet zuhrah
kalau kentut di planet zuhrah tak ada kesan apa-apa. sebab zuhrah dah mempunyai banyak mengandungi sulfur di lapisan udaranya.

18. kenapa orang jarang mengaku kalau kentut
sebab kentut tu bunyinya tak senonoh. haha. orang putih je yang rasa kentut tu sopan. haa taktawulah kenapa. heheh

19. kenapa kentut tak payah dibasuh
sebab kalau kentut cuma keluarkan gas je, tak kotor pun  kecuali kalau tercirit. hahaha. yerkssss.

20. pantun tentang kentut
'tan-tan tut keladi we-we, siapa kentut dia ketawa!' hahaha. ok aku kentut.


orang yang kentut ni ada macam-macam ragam tau. kalau nak tahu si lah teruskan membaca.


  • ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

  • ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

  • ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

  • ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.


  • ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

  • ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

  • ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

  • ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

  • ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

  • ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

  • ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

  • ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

  • ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

  • ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

  • ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

  • ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

  • ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

  • ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

  • ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

  • ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi..."

hahaha. lawak-lawak. jadi anda boleh lah tengok anda ni orang yang jenis macam mana.

ada satu cerita ni antara sepasang suami isteri ni.

sebelum kahwin

lelaki: prottt.. (kentut dengan kuat semasa dating bersama kekasihnya) eh, sori ea kalau bau . hehe
perempuan: takpe. tak bau pun. biasa la kentut ni bagus untuk kesihatan

lepas kahwin
suami: prottt.. (kentut dengan kuatnya). eh sori ea kalau bau.hehehe
isteri: ish, busuk lah! nak kentut kat luar rumah la lain kali. busuk tau tak!!


betul la kata orang tua-tua. kalau time bercinta, kita nampak kekasih kita tu semuanya elok sampaikan bau kentut pun wangi. bila dah kahwin, baru bau kentut sikit dan nak bergaduh bagai. hahah

aku rasa cukup lah entri aku untuk hari ni. aku harap apa yang aku share ni dapat meningkatkan ilmu pengetahuan sikit. haha

ok, that's all

saranghae yow!

wasalam