Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Wednesday, 18 December 2013

Jagalah Tingkah Lakumu

Assalamualaikum...

kehidupan sebagai seorang manusia sentiasa diuji dengan dugaan dan cabaran. kadangkala kita susah kadangkala kita senang. kehidupan ni ibarat roda. bila kita susah pasti akan ada kesenangan pada hari akan datang dan apabila kita senang kesusahan itu pasti mencemburui kita dan datang lah ia untuk menguji diri kita. setiap orang yang membuat kejahatan kepada orang lain pasti kejahatan itu akan datang semula kepada dirinya semula kelak. ini lah yang dinamakan balasan atau karma dalam kehidupan.

bukan nak mengajar tetapi hanya ingin berkongsi. hubungan sesama manusia harus lah dijaga dengan baik. tetapi ianya seperti sudah menjadi lumrah kehidupan apabila sering berlaku pertelingkahan antara sesama manusia. sebagai hamba yang terlalu kerdil di muka bumi ini tak perlulah menunjukkan keegoan atau sikap besar kepala kita pada orang sekeliling kita. segala tingkah laku perlulah dijaga. kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan boleh mendatangkan kemarahan orang lain atau kadang-kadang kita sedar tetapi oleh kerana keegoan dan kekerasan hati terlalu menguasai diri kita sehingga kita biarkan orang lain berasa sakit untuk memuaskan hati sendiri. menjaga hubungan dengan manusia sangat penting tetapi ia sangat susah sebenarnya kerana salah paham sering berlaku antara kita. dan apa yang perlu dilakukan adalah dengan menjaga percakapan. berfikir sebelum bercakap. walaubagaimanapun kadang-kadang kita terlepas cakap dan itu juga lumrah. itu lah sebabnya kita perlu sentiasa mencari masa terluang untuk diri kita sendiri untuk muhasabah diri kita. sentiasa merenung semula perkara yang kita telah lakukan sama ada yang baik atau perkara yang menyakitkan hati orang. dengan melakukan sebegitu mungkin kita akan menyedari kesalahan diri kita sendiri. dan apabila telah menyedari yang kita ada melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan seseorang segera lah meminta maaf. ianya adalah perkara biasa jika kita tidak sedar dengan kesalah kita sendiri. sebab itu lah muhasabah diri itu penting supaya kita dapat imbas kembali kesalahan yang kita telah lakukan.

meminta maaf tidak semestinya dihari raya sahaja. 

sekian..

wasalam