Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Wednesday, 18 December 2013

Jagalah Tingkah Lakumu

Assalamualaikum...

kehidupan sebagai seorang manusia sentiasa diuji dengan dugaan dan cabaran. kadangkala kita susah kadangkala kita senang. kehidupan ni ibarat roda. bila kita susah pasti akan ada kesenangan pada hari akan datang dan apabila kita senang kesusahan itu pasti mencemburui kita dan datang lah ia untuk menguji diri kita. setiap orang yang membuat kejahatan kepada orang lain pasti kejahatan itu akan datang semula kepada dirinya semula kelak. ini lah yang dinamakan balasan atau karma dalam kehidupan.

bukan nak mengajar tetapi hanya ingin berkongsi. hubungan sesama manusia harus lah dijaga dengan baik. tetapi ianya seperti sudah menjadi lumrah kehidupan apabila sering berlaku pertelingkahan antara sesama manusia. sebagai hamba yang terlalu kerdil di muka bumi ini tak perlulah menunjukkan keegoan atau sikap besar kepala kita pada orang sekeliling kita. segala tingkah laku perlulah dijaga. kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan boleh mendatangkan kemarahan orang lain atau kadang-kadang kita sedar tetapi oleh kerana keegoan dan kekerasan hati terlalu menguasai diri kita sehingga kita biarkan orang lain berasa sakit untuk memuaskan hati sendiri. menjaga hubungan dengan manusia sangat penting tetapi ia sangat susah sebenarnya kerana salah paham sering berlaku antara kita. dan apa yang perlu dilakukan adalah dengan menjaga percakapan. berfikir sebelum bercakap. walaubagaimanapun kadang-kadang kita terlepas cakap dan itu juga lumrah. itu lah sebabnya kita perlu sentiasa mencari masa terluang untuk diri kita sendiri untuk muhasabah diri kita. sentiasa merenung semula perkara yang kita telah lakukan sama ada yang baik atau perkara yang menyakitkan hati orang. dengan melakukan sebegitu mungkin kita akan menyedari kesalahan diri kita sendiri. dan apabila telah menyedari yang kita ada melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan seseorang segera lah meminta maaf. ianya adalah perkara biasa jika kita tidak sedar dengan kesalah kita sendiri. sebab itu lah muhasabah diri itu penting supaya kita dapat imbas kembali kesalahan yang kita telah lakukan.

meminta maaf tidak semestinya dihari raya sahaja. 

sekian..

wasalam

Friday, 13 December 2013

Jom Kentut!!


Assalamualaikum..

ok, baru-baru ni aku dapat request dari kawan aku suruh aku buat cerita pasal kentut. wow! menarik ni. terima kasih my friend bagi idea. firstly aku nak bagitahu yang kentut ni sangat bagus untuk badan kita. kalau nak tahu orang putih suka kentut. maksudnya bukan la mereka asyik kentut je tapi bila dapat kentut tu mereka suka sangat. sampai ada satu keadaan tu mereka siap lawan-lawan kentut lagi. prott~prott~prutt~pritt~..eh, tetiba pritt bunyi wisel. haha. kalau nak dibandingkan kentut dengan sendawa, mereka lebih merasakan kentut tu lebih sopan daripada sendawa. nak tahu kenapa. sebab mereka rasa sendawa tu ibarat muntah kecil. siapa la tak geli dengan muntah kan.. tapi berbeza dengan orang kita. kalau dengar orang kentut tu rasa macam nak tumbuk je orang yang kentut tu nak-nak lagi kalau kentut tu bau telur tembelang atau bau orang cirit, peh! boleh koma la bila terbau kentut yang sebegitu rupa. ada pula yang nak gelak berguling-guling sampai merah padam muka bila dengar orang kentut. 


bagi orang yang kentut pulak kalau terkentut rasa macam nak benamkan muka dalam tanah sedalam 7 kaki. kadang-kadang macam nak tanggalkan muka sekejap letak dekat tepi sebab tak tahan malu. lain sangat dengan orang putih. mereka bangga bila mereka kentut sebab kentut tu menunjukkan mereka tu sihat.

aku nak tunjukkan beberapa fakta mengenai kentut:

1. asal kentut
dari gas dalam usus. gas dari reaksi kimia dan gas bakteria dalam perut.

2. kenapa kentut busuk
bau kentut yang busuk adalah disebabkan kandungan kentut itu sendiri yang mengandungi gas hidrogen sulfida & merkaptan. semakin banyak gas tersebut dalam badan kita, lagi busuk lah kentut tu. so, kalau siapa kentut busuk tu mesti dia tahan kentut lama sangat sampai gas tu terkumpul dalam badan terlalu banyak. yeksss.


3. kenapa kentut berbunyi
sebab adanya lubang getaran daripada 'anus' semasa gas dikeluarkan. kuatnya bunyi kentut bergantung kepada kelajuan gas yang keluar.

4. berapa banyak kentut terhasil dalam sehari
biasanya setengah liter dalam 14 kali kentut. haha

5. kenapa kentut keluar dari lubang dubur
memang la. kalau dari mulut tu sendawa namanya. hahaha. sebabnya density gasnya lebih ringan, jadi ia lebih cenderung untuk ke arah bawah.

6. adakah setiap orang kentut?
of course! kalau ada orang yang tak kentut tu maknanya dia bukan lagi tak sihat tapi dia adalah hantu. hahah.

10. betulkah lelaki lebih kerap kentut berbanding perempuan.
TIDAK dari segi sainsnya tetapi YA dari segi realiti kehidupanya. sebab perempuan ni kan pemalu. selagi boleh tahan kentut dia akan tahan sampai la merah padam muka, kadang-kadang sampai menggigil-gigil tahan kentut. bila dah dapat kentut dengan aman punyalah panjang kentut tu sebab lama sangat simpan. hahha. tak senonoh!



11. kacang menyebabkan banyak kentut
kacang mengandungi zat gula yang tidak boleh dicerna oleh tubuh. gula tersebut kalau sampai ke usus, bakteria di usus akan membuat banyak gas.

12. selain makanan, apa lagi penyebab kentut
udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa kunyah, minum softdrink, naik kapal terbang.

13. adakah kentut sama dengan sendawa
tidak. sendawa dari perut dan kandungan gasnya lain tak sama dengan kentut.

14. mana perginya gas kentut kalau tahan kentut
diserap oleh darah. gas akan pergi ke bahagian atas menuju usus dan akan keluar apabila tiba masanya. bukan hilang cuma postpone. haha

15. betulkah pening kepala kalau cium bau kentut 2-3 kali berturut-turut
mestilah kalau kentut tu setaraf bau bangkai. tetapi faktanya, kita akan pening kepala sikit je sebab kentut mengandungi sedikit oksigen.

16. warna kentut
tiada warna. kalau ada warna mesti semua orang tak nak keluar rumah sebab takut terkentut. kalau terkentut mesti ada orang tahu. lebih-lebih lagi perempuan.haha

17. apa terjadi kalau kentut di planet zuhrah
kalau kentut di planet zuhrah tak ada kesan apa-apa. sebab zuhrah dah mempunyai banyak mengandungi sulfur di lapisan udaranya.

18. kenapa orang jarang mengaku kalau kentut
sebab kentut tu bunyinya tak senonoh. haha. orang putih je yang rasa kentut tu sopan. haa taktawulah kenapa. heheh

19. kenapa kentut tak payah dibasuh
sebab kalau kentut cuma keluarkan gas je, tak kotor pun  kecuali kalau tercirit. hahaha. yerkssss.

20. pantun tentang kentut
'tan-tan tut keladi we-we, siapa kentut dia ketawa!' hahaha. ok aku kentut.


orang yang kentut ni ada macam-macam ragam tau. kalau nak tahu si lah teruskan membaca.


  • ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

  • ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

  • ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

  • ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.


  • ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

  • ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

  • ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

  • ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

  • ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

  • ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

  • ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

  • ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

  • ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

  • ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

  • ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

  • ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

  • ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

  • ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

  • ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

  • ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi..."

hahaha. lawak-lawak. jadi anda boleh lah tengok anda ni orang yang jenis macam mana.

ada satu cerita ni antara sepasang suami isteri ni.

sebelum kahwin

lelaki: prottt.. (kentut dengan kuat semasa dating bersama kekasihnya) eh, sori ea kalau bau . hehe
perempuan: takpe. tak bau pun. biasa la kentut ni bagus untuk kesihatan

lepas kahwin
suami: prottt.. (kentut dengan kuatnya). eh sori ea kalau bau.hehehe
isteri: ish, busuk lah! nak kentut kat luar rumah la lain kali. busuk tau tak!!


betul la kata orang tua-tua. kalau time bercinta, kita nampak kekasih kita tu semuanya elok sampaikan bau kentut pun wangi. bila dah kahwin, baru bau kentut sikit dan nak bergaduh bagai. hahah

aku rasa cukup lah entri aku untuk hari ni. aku harap apa yang aku share ni dapat meningkatkan ilmu pengetahuan sikit. haha

ok, that's all

saranghae yow!

wasalam



Friday, 6 December 2013

Say Hello to Ice Addict

Assalamualaikum...

ok, tajuk lagi nak gempak. beriya sangat ni. hehe. apa yang aku nak cerita kali ni berkaitan dengan 'ice'. tpi ni bukan ice yang dadah tu tapi ice yang biasa ada kat semua kedai makan atau dalam peti sejuk rumah korang semua. atau dengan tulisan melayunya 'ais' dan yang paling mudah difaham adalah air batu.

aku ada kawan yang terlalu suka makan ais. aku tak tahu kenapa suka sangat makan ais ni. padahal tak ada rasa apa pun kan.. kalau air yang berais aku boleh terima lagi. tapi aku boleh selami hati seorang penggemar ais ni bila dapat makan ais. betapa indahnya mereka rasa bila dapat menikmati keenakan dan kerangupan ais tu sendiri. haha. aku pun pernah juga suka makan ais tapi itu dulu masa zaman sekolah rendah. kecik lagi masa tu. sekarang dah tak suka lagi dah.

tapi tahukah anda makan ais tu banyak kesan buruknya. nak tahu apa? kalau tak nak tahu mesti kena nak jugak! penat aku selongkar peti google nak cari info pasal ais ni. ok, let's check it out:

kesan buruk makan ais:
  1. badan mudah letih 
  2. kalau imun tak kuat boleh senang nak demam
  3. menyebabkan susunan gigi berselerak (terutama pada kanak-kanak)
  4. menyebabkan tulang cepat rapuh
  5. menyebabkan gangguan pada pencernaan lemak
macam mana badan boleh mudah letih? moh la kita baca cerita di bawah ni..
bila kita minum air batu seperti milo ais ke jus oren ke, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang teletak berhampiran esofagus juga jadi sejuk. keadaan ini menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair seperti air. air itu akan terkumpul dalam alveolus. bila kita selalu makan ais, proses ini akan berterusan dan akibatnya banyak air terkumpul di alveolus. air itu akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. boleh bayangkan ke?? hehe. (alveolus tu benda benda yang ada dalam paru-paru kita).

alveolus atau dalam bahasa omputihnya alveoli


air yang terkumpul dalam alveolus akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik iaitu menjalankan pertukaran oksigen dan karbon dioksida. lebih banyak air terkumpul menyebabkan paru-paru susah untuk bekerja dengan baik. sebab tu orang yang suka makan ais ni selalu je termengah-mengah bila terlampau aktif. yang selalu korang cakap tak cukup nafas tu la. sebabnya adalah kerana paru-paru menjalankan fungsinya iaitu pertukaran oksigen dan karbon dioksida agak lambat. tapi aku selalu juga rasa cepat mengah walaupun jarang makan ais. kenapa ek? ( itu sebab kau tu gemuk tak larat nak bawak badan. =.=' ) haha.


apa cerita dengan gangguan pencernaan lemak?
ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
aku kurang makan ais pun nampak gemuk je..( kau gemuk sebab kuat makan+tidur =.=' )

aku ada berita gembira nak bagitahu pada penggemar ais. makan ais juga tetap ada kebaikan juga. nak tahu? laju-laju cakap nak!!
let's check it out!!

kebaikan ais:
  1. biasakan diri mengunyah ais boleh tingkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. (kalau makan ais mungkin boleh jadi pelari terpantas ke??)
  2. boleh menolong orang yang ada insomnia. (siapa yang selalu tak boleh tidur malam tu jemput la makan ais banyak-banyak ea.)
  3. boleh mengembalikan memori atau sifat terlupa yang keterlaluan. ( kalau setakat lupa nak buat assignment tu tak payah nak jadikan alasan nak makan ais pulak. huhu )
tapi bagi aku baik elakkan yang buruk dulu. yang baik kita boleh cari jalan lain untuk dapatkannya. apa pun kepada penggemar ais sila berhati-hati. aku cuma nak mengingatkan pada korang dan diri aku sendiri. sebab kadang-kadang aku pun minum ais juga cuma kalau suruh mengunyah ais tu memang tak la. hehe 

ok lah, rasanya tu je maklumat yang aku nak bagi pasal ais ni. kalau nak tahu lagi bolah la terjah masuk dalam google. so, kepada penggemar tegar ais harap-harap info yang aku bagi berguna untuk korang semua. 

saranghae..

Wasalam...



Tuesday, 3 December 2013

Salah Faham Sebab Loghat

Assalamualaikum..

tertarik nak update entry hari ni sebab aku ada nak kongsi sesuatu. hari ni lepas balik daripada kelas (test sebenarnya..) macam biasa la aku dengan kawan-kawan aku jalan beriringan balik kolej. sambil-sambil tu kami pun borak-borak la. tiba-tiba tengah syok-syok borak sampai aku sendiri tak perasan ada seorang member ni menganjing member aku yang lagi sorang ni yang suka gunakan perkataan 'pada' untuk menggantikan perkataan 'kat'. contohnya "kau punye buku ada 'kat' aku". orang selalu guna ayat macam ni. tapi member aku sorang ni akan cakap macam ni pulak, "kau punya buku ada 'pada' aku". member aku tu orang johor, that's why la guna word yang orang johor selalu guna. aku tak hairan pun dengan perkataan 'pada' tu dan selalu juga guna perkataan tu sebab aku sendiri orang johor. hahaha. sebenarnya aku pun tak perasan perkataan 'pada' tu orang johor je selalu guna. bila kawan aku tegur baru aku perasan. antara perkataan lain yang biasa orang johor guna macam lapar jadi 'lapo', sabar jadi sabo', muar jadi 'muo', keluar jadi 'kluo' dan banyak lagi la. kalau nak senaraikan boleh krem tangan nak menaip. hehe. dan ada orang kata perkataan menganjing pun asal dari johor juga. yang tu aku tak berapa pasti la. aku rasa orang negeri lain pun ada juga guna perkataan tu.

aku teringat masa zaman aku sekolah dulu. masa tu baru masuk tingkatan 4 dan baru tukar sekolah dari sekolah biasa ke sekolah teknik. masa tu lah 1st time bercampur dengan kawan-kawan yang lain negeri. kebetulan masa tu aku dapat sama dorm dengan sorang budak pahang ni. kepada izzah azizah kalau baca entry ni mohon terasa ea. hehehe. masa tu masing-masing baru kenal al-maklum la baru tukar sekolah.. banyak benda tak tahu. nak pergi makan pun nak kena sama-sama takut sesat tak jumpa dewan makan.hehe (padahal dewan makan depan dorm je.hehe). so, aku pesan la dengan budak pahang ni kalau nak pergi makan aku nak ikut sekali. ayat aku macam ni "nanti kalau nak pergi makan saing ea?" budak pahang tu pun terpinga-pinga la dan tak paham bila aku cakap macam tu. aku pun pelik la kenapa dia tak faham. dia dari planet marikh ke tak faham aku cakap apa. rupanya dia tak faham dengan perkataan 'saing' yang aku guna tu. dia ingat perkataan 'saing' macam nak berlumba atau berlawan. hahaha. aku rasa nak gelak guling-guling masa tu. tapi aku takda la buat macam tu. hehehe. perkataan paling senang yang sepatutnya aku guna untuk semua orang faham adalah 'sama-sama'. contohya, "nanti kalau nak pergi makan sama-sama ea?". ok, senang orang negeri lain nak faham.. bila fikir balik memang lawak la kan...kesian kawan aku tu.

satu lagi perkataan yang kadang-kadang jadi isu juga adalah perkataan 'anu'. orang johor memang suka guna perkataan ni. 'anu' ni boleh diguna ikut keadaan. contohnya, "kau jangan la 'anu' aku". maksud 'anu' kat situ adalah lebih kurang macam kacau juga la.hehe. contoh lain macam bila kita nak merujuk kepada sesuatu atau seseorang tapi kita susah nak luahkan. mungkin sebab lupa ataupun memang susah nak sebut. contohnya, "ala, si 'anu' tu siapa nama di aku lupa yang suka pakai baju terbalik tu.." hehe. contoh lain, "ala, 'anu' tu lah yang bentuknya macam sepit baju tu.." (sebenarnya nak cakap pemotong kuku).haha. teruk betul.. bagi mereka yang tak faham perkataan ni mesti fikir benda yang buakan-bukan. mesti ingat 'anu' ni perkataan lucah. harap-harap lepas ni boleh faham la ye. tapi sekarang aku rasa kebanyakkan orang dah boleh faham dengan perkataan tu. bagus la kalau macam tu. masa aku belajar di matrikulasi aku selalu je kena gelak dengan kawan aku sebab kalau tengah borak-borak selalu je terlepas perkataan 'anu' tu. heheh. biasa la tu. ini pun dah dikira ok sebab orang johor tak bercakap guna loghat yang orang susah nak faham. kalau macam kelantan, terengganu atau negeri-negeri yang sebelah atas kadang-kadang bila mereka cakap kita memang susah nak faham.

aku pernah tersalah faham dengan kawan aku ni. dia budak terengganu. dia tanya aku, "ina, ko nak 'cokelak' tak?" aku tak berapa pasti sebutan yang sebenarnya macam mana.hehe. ni berdasarkan apa yang aku dengar la. bila dia tanya macam tu aku dengan lajunya menjawab, "nak!!". aku ingat dia nak bagi aku coklat. siapa taknak kalau orang nak bagi coklat. aku dah mula terbayangkan cadburry, ferrero rocher, van houten. sekali dia bagi apa. gula-gula perisa buah yang harganya 10sen dapat 2 biji. hampa seribu kali hampa. beriya aku ingatkan dia nak bagi coklat. walaupun hampa aku tetap ambil juga gula-gula tu. rupanya semua bentuk manisan atau gula-gula orang-orang pantai timur panggil 'cokelak'. maaf la kalau salah eja. tak pasti sangat sebutannya macam mana. huhu. kesian aku..

tapi bagi aku semua ni normal. fair la kan bila aku cakap 'anu' orang salah faham dan bila orang cakap 'cokelak' aku salah faham sampaikan hati yang berbunga-bunga nak dapat coklat jadi hampa seribu kali hampa bila dapat gula-gula 2 biji 10sen. haha. lawak-lawak. ada satu kes lagi masa aku beli gula-gula dekat 1 kedai ni. masa tu casher dia lelaki. lepas aku ambil gula-gula aku pergi kaunter nak bayar. casher tu walaupun dah nampak aku nak beli apa dia boleh lagi tanya, aku pun tak faham kenapa dengan dia. di tanya macam ni, "owh, cokelak ea dek?" dan aku dengan selamba jawab tanpa fikir panjang, "tak lah bang, gula-gula". lepas tu casher tu pun gelakkan aku. mula-mula aku pelik kenapa la casher ni gelakkan aku. lepas bayar aku pun blah la dari kedai tu. masa tu baru lah aku terfikir kenapa casher tu gelakkan aku. hahaha malu berbakul-bakul.

apapun, aku syukur duduk dekat negara yang berbilang bangsa, dan bahasa ni. seronok. boleh tambah pengetahuan tentang loghat-loghat negeri lain. mari semua kita menadah tangan dan mengucapkan syukur kepada tuhan kerana dapat hidup di negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, bahasa serta aman dan makmur. amin...

wasalam..
saranghae.. ^.^





Sunday, 1 December 2013

Tak Tidur Boleh Mati

assalamualaikum..

tahukah korang semua tak cukup tidur boleh menyebabkan mati cepat?
bunyi macam pelik kan? tapi itu adalah fakta. bukan auta ea.. baru-baru ni aku selalu je tak cukup tidur. kadang-kadan tidur 2 hingga 3 jam je sehari. kenapa? hehehe. malu nak bagitahu. mestilah study. tapi study sikit je yang lebihnya bazirkan masa dengan online. (daripada kau online baik la kau tidur mek oiii..) hahaha. exactly. lebih kurang seminggu juga la tak cukup tidur disebabkan terlalu taksub mengonline. dan lepas tu memang terasa sangat kesannya pada badan sendiri. penat, lesu, sakit kepala. aku mula terfikir dan bertanya pada diri sendiri, tak bahaya ke kalau setiap hari tak cukup tidur? apa kesannya? ini lah kesannya kalau tak cukup tidur, bertanya soalan yang tak rasional kepada diri sendiri. dah tahu tak tahu buat apa tanya pada diri sendiri lagi kan.. tanya la pada yang pakar.

seperti biasa tempat rujukan terbaik adalah Mr. Google. aku ada buat sedikit research tentang kesan kurang tidur ni. lepas buat research, aku agak terkejut juga lah dengan hasil research aku. ececeh.. ye ye je aku ni. sebenarnya terkejut dengan kesan tak cukup tidur je. nak tahu apa kesannya? moh la kita sama-sama tengok dan baca.

check it out!!

KESAN BURUK KURANG TIDUR: 
    1. KEMALANGAN 
      • Contoh paling senang ialah kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di musim perayaan. Kerana pemandu biasanya tidak cukup tidur kerana memandu jauh, memandu at odd hours to avoid traffic jams, terlalu lama stuck in traffic jams. 
    2.  SEMAKIN BODOH 
      • Tidur memainkan peranan penting dalam proses pemikiran and pembelajaran manusia. Obviously, bila kurang tidur kita sukar hendak beri perhatian, tidak peka kepada keadaan sekeliling (ini juga boleh menyebabkan accident!), kacau fokus, dan ultimately impair problem solving skill kita. Bayangkan jika ini berlaku kepada orang dewasa, apatah lagi kesannya kepada kanak-kanak dan pembelajaran mereka! 
    3.  PENYEBAB PENYAKIT KRONIK
      • Kebarangkalian untuk menghidap penyakit kronik berikut lebih tinggi.
      •  Heart disease / Sakit Jantung
      • Heart attack / Serangan Jantung
      • Heart failure / Kegagalan fungsi jantung
      • Irregular heartbeat / Denyutan jantung tidak menentu
      • High blood pressure / Darah Tinggi
      • Stroke
      • Diabetes
      • Ini lah yang dikatakan boleh mati cepat. kalau dah macam penyakit dapat, probability untuk mati cepat sangat tinggi.
    4.  MENURUNKAN NAFSU SEKS  
      1. Well, the exact words are “kills sex drive”..kill –> membunuh? So, menurunkan pun ok la kan? :p.
      2. Sleep specialists mengatakan lelaki dan wanita yang kurang tidur didapati kurang bernafsu  dan berminat terhadap sex. Antara sebabnya adalah, kurang tenaga, mengantuk, dan stress.
      3. Kajian lain pula mendapati, ketidakpuasan seks antara penyebab utama berlakunya kecurangan.
    5. DEPRESSION / KEMURUNGAN 
    6.  NAMPAK LEBIH TUA 
      • perkara yang ditakuti bagi kaum wanita.
      • biasanya jika musim kurang tidur e.g. tengah kejar deadlines, kita akan experience muka pucat dan panda eyes. Tapi, jika kurang tidur yang berterusan, boleh menyebabkan kulit kusam, fine lines dan lebam bawah mata. 
      • Bila kurang tidur, badan akan mengeluarkan lebih banyak stress hormones kortisol. Kortisol yang berlebihan boleh BREAK DOWN SKIN COLLAGEN. 
    7. PELUPA 
      • Pelupa ini kalau benda kecil-kecil ok lagi. Tapi takut akan terlupa tutup suis, terlupa tutup gas masak, terlupa tutup paip air, terlupa gear kereta tak neutral lagi…yang semua pun boleh membahayakan kesihatan dan nyawa ye. 
    8. BERTAMBAH BERAT BADAN
      • Kurang tidur menyebabkan kita lebih cepat lapar + lebih berselera makan 2004 study found, mereka yang tidur kurang dari 6 jam sehari adalah 30% lebih besar kemungkinan untuk menjadi GEMUK+LEBIH BERAT BADAN 
    9. MENINGKATKAN RISIKO KEMATIAN 
      • In Whitehall II Study published in 2007, researchers mendapati pekerja yang tidur 5 – 7 jam, atau kurang dari 5 jam sehari, DOUBLE risiko kematian mereka (dari pelbagai penyakit/sebab). Kurang tidur DOUBLE risiko kematian dari penyakit kardivaskular. 
    10.  IMPAIRS JUDGEMENT, ESPECIALLY ABOUT SLEEP 
      • Kurang tidur akan memberi kesan bagaimana kita menganalisa sesuatu perkara. Ini akan menyebabkan kita membuat keputusan yang kurang bijak.
      • Zaman sekarang kadang-kadang sukar hendak mendapatkan waktu tidur yang secukupnya. Kadang-kadang bukan sebab tiada masa tetapi kerana sukar tidur. Jika ada pun, “jiwa kacau” dengan masalah kerja, masalah kewangan etc etc.
Ok, sekarang dah boleh faham kan kesan kurang tidur ni? semua orang tahu seeloknya tidur yang baik adalah selama lapan jam. tapi bila difikir semula macam susah untuk kita buat especially for students. dengan kerja yang melambak, projek itu ini dan test yang tak putus-putus lagi, apabila tidur awal sudah pasti merasa rugi sebab kena siapkan kerja yang melambak tu. aku mula terfikir satu cara untuk dapat tidur yang cukup terutama bagi students.

apa yang kita perlu buat adalah dengan memastikan kita siapkan segala kerja dan assignment on time. jangan tangguh-tangguh. bila kerja bertangguh memang confirm la gelabah bila dah sampai due date banyak yang nak kena siapkan. tu lah yang menyebabkan kita tidur lambat ditambah pula dengan test yang tak putus-putus.

lagi satu cara adalah tidur masa dalam kelas. urmmm... lain macam je. sebenarnya macam ini, sementara menunggu lecturer masuk atau setiap kali ada gap jangan nak bazirkan masa dengan borak-borak kosong, buat ketupat dan bergosip-mosip mak jemah. lebih baik tidur. dapat tidur sekejap pun jadi lah untuk gantikan masa tidur kita yang tak cukup tu. time lecturer mengajar jangan tidur pula ye. tapi biasa kan buat? hehe.walaupun lapan jam tu masih belum dapat dicukupkan, at least boleh lah topup-topup tenaga sikit kalau kita tidur waktu siang tu.

ok lah. senang cerita korang semua pandai-pandai la uruskan sleep time korang sendiri. apa yang penting jaga kesihatan dan jangan disebabkan terlalu sibuk kita lupa nak ambil berat pasal kesihatan kita.

ok, that's lah. semoga info yang aku bagi boleh dijadikan panduan. 

saranghea yow! 

wassalam...