Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Wednesday, 13 November 2013

Laman Sosial Yang Tak Popular

ok. semalam aku ada godeh-godeh play store aku punya android. aku pergi dekat kategori lepas tu aku tertarik nak pilih kategori sosial. lepas tu bila aku tekan aku tengok ada banyak giler jenis-jenis aplikasi sosial. yang aku tahu setakat ni cuma mukabuku, burung biru twit-twit, keek, instagram, skype, and chatkami, wassup, viber, line, kakaotalk. hah, tu je la yang terlintas kat fikiran aku setakat ni. rupanya-rupanya ada banyak lagi. kenapa aku tak tahu? aku rasa bukan aku sorang je yang tak tahu, ramai juga yang tak tahu sebab aplikasi yang aku tak mention tu sebenarnya tak berapa nak popular. aku rasa popular juga sebab aku tengok ramai giler yang installed cuma mungkin tak popular kat Malaysia. bukan mungkin lagi tapi memang tak popular kat Malaysia pun. satu contoh aplikasi yang aku jumpa semalam ialah SayHi. ye lebih kurang macam chatkami, wassup tapi ni lebih kepada untuk orang-orang yang despret nak cari pasangan. apa yang aku nampak, kebanyakkan yang guna aplikasi ni orang lelaki. dan yang paling penting mostly penggunanya bukan la orang malaysia. bila tengok profile picture dorang,,,uiiii,,menakutkan. ramai yang tak pakai baju tayang body yang penuh tatu (lelaki). maklum la kebanyakkannya semua orang bukan islam. yang jadi pokok krismas pun ada juga. tindik sana sini. pose yang entah apa-apa and tunjukkan simbol-simbol yang tak patut. memang seram juga. tapi tak semua la. ada la 2 3 orang yang tak macam tu. tapi memang menakutkan la.. siapa-siapa yang rasa nak cuba disarankan awal-awal supaya kuburkan je la niat tu. rasanya tak ada kot yang nak cuba sebab dengar pun tak pernah nama aplikasi tu. aku tahu pun sebab aku rajin sangat nak menjelajah apa yang ada dalam play store tu. tapi kalau korang pernah jumpa aplikasi ni comfirm korang pun tak ingin nak try.



macam ni lah rupa Sayhi tu


ada 1 lgi contoh aplikasi sosial yang aku nak selitkan. namanya Love Cupid. hahaha. yang ni aku ada terjumpa 2 aplikasi yang aku tak pasti sama ke tak tapi namanya lebih kurang sama. yang 1 Love Cupid yang 1 lagi Love Cupid Melayu. hahaha. aku rasa sama je kot fungsinya cuma mungkin yang melayu tu untuk orang melayu saja mungkin. hahah. discriptions untuk aplikasi ni "are you still single? looking for a way to repair your relationship? love cupid melayu is the best dating site on android, -meet and chat with female or male around the world -hot sexy video -play some simple but fun game featuring sexy melayu girl and handsome melayu lelaki -chat with other in the app" ok. nampak tak kat situ. discription dah menyatakan sesuatu yang tak elok. so lepas baca discription je terus tak payah fikir panjang. ni aplikasi yang mengarut. yang aku tak boleh terima bila perkataan "melayu" digunakan. cis!! menjatuhkan nama baik melayu je.

                                                              

semua nama mat salleh

                

yang ni rupa Love Cupid -sebenarnya ada gambar yang lagi teruk tapi aku tak nak letak sebab nanti buat rosak blog aku je..-



malunya aku sebagai orang melayu. memang orang akan tahu kalau sebut je melayu mesti beragama islam. jadi, bila dah orang melayu tunjuk perlakuan yang tak elok, sekaligus menjatuhkan nama baik islam. malu pada orang yang bukan islam. memang la dorang berpakaian terdedah sana sini, agama dorang tak larang pun tapi dorang tahu yang islam ni agama yang menyuruh penganutnya memakai pakaian sopan dan menutup aurat. bila ada orang islam yang pakai pakaian yang tak sepatutnya, orang bukan islam akan fikir yang islam ni agama yang boleh diambil mudah dan tidak lah hebat mana sebab penganutnya sendiri bebas melakukan perkara yang tak elok. haishh.. tak malu kah? tak tahu la nak cakap apa. senangnya nak buat duit.

oklah. aku nak chow dulu. penat la menaip ni. menaip penat, habis tu kalau menulis tak penat ke? sama je~ haha. ok, salam sayang dari aku. saranghae... wasalam...