Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Friday, 29 November 2013

Kawan Ke Lawan?

ok, sekarang ni aku berhadapan dengan situasi penuh dengan konflik. course-mate aku masing-masing dah buat hal. atoto..gimana ini. hahaha. bukan lah gaduh beasar ke ape cuma terasa hati je. masing-masing ikut kepala sendiri memang ni la jadinya. haduii.. kenapa boleh jadi? nak cerita pun panjang. kalau dulu masa mula-mula sem dulu boleh nampak banyak sangat group dalam kelas. group budak baik, budak hot, budak pandai, budak vangang (ni group aku tapi aku sorang je yang vangang, yg lain ok je.heee) dan group gedik. sebenarnya aku ikut suka hati je namakan group ni. haha. ala..biasa la..dalam kelas kalau tak ada group-group ni memang tak sah. lagi-lagi orang perempuan.walaupun ada banyak group, kami still unite. ok sambung cerita. kenapa aku tergolong dalam group vangang ni. guess why?? takpe la biar aku bagi tahu sendiri. jawapanya adalah sebab aku memang vangang. hahaha. satu lagi sebab adalah bestfriend aku, qila. dia memang vangang dan gila. tapi pandai. aku je vangang yang tak pandai.heheh hujung sem 1 dah mula berlaku perubahan sikit-sikit. ada yang gaduh la ,masam muka la, terasa hati la. aku pun tak faham kenapa. aku nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab aku tak tahu sangat konflik antara diorang ni. sebab aku macam malas nak ambik port sangat. just tadah telinga je la dengar diorang bercerita pasal budak-budak yang ada konflik tu. kang kalau cerita lebih-lebih salah la pulak.

masuk sem 2 dah mula nampak pertukaran ahli-ahli group. macam sistem bata pulak main tukar-tukar. tapi group aku still the same cuma ada penambahan ahli baru. kira budak tu freshie la ea. haha. masuk sem 3 ni beberapa group dah bersatu menjadi satu kuasa yang besar. tapi group yang kecik still lagi ada, cuma antara group yang kecik tu bergabung untuk berkongsi susah senang bersama dengan menghorlicks (asek mengopi je, tukar sikit) assignment dan juga study bersama. dalam pada masa yang sama, ada satu group ni yang tak boleh nak bergabung. aku pun tak faham la. group kitaorang bergabung sebab satu group ni la yang tak bolah nak bergabung. pelik-pelik. group tu pelik, pelik,dan pelik. konflik yang berlaku sekarang adalah di antara gabungan group kami n group mereka yang tak nak bergabung. masalah berpunca apabila mereka semua bersikap ganjil dan pelik. haiyaa, berapa banyak pelik daa. tapi memnag pelik. rasanya tak salah kalau tolong kawan untuk ajar sikit pasal pelajaran kan.. memang tak salah pun. maslah mereka adalah apabila meraka lari daripada kami kerana alasannya tak nak diganggu ketika saat akhir nak exam. lahaiii.. mintak tolong sikit apa salahnya. bukan luak pun ilmu tu. tak hilang pun ilmu tu, sempat je nak bawak pergi exam. satu lagi masalah bila kami tidak diberi peluang untuk meminjam assignment mereka. sebenarnya memang group kami suka meniru pun tapi kalau kami nak tengok mereka punya apa salahnya. bukanya assignment mereka yang kami tiru tu habis pun. kadang-kadang nak pinjam untuk compare jawapan pun tak dibaginya, hamboiii,jangan gitu geng. kita duduk bawah satu bumbung yang sama kot. jangan la tunjuk nak bersaing sangat sampai dengan kawan pun nak berkira. bila fikir balik mungkin mereka rasa mereka dah penat-penat buat assignment lepas tu senang-senang kami tiru. betul jugak. tapi kami bukan lah nak tiru dari A sampai Z. come on la...hidup kat u ni memang la kena pandai-pandai hidup. takkan tak boleh nak tolong sikit pun. kalau susah sama-sama lah susah, kalau senang sama-sama la senang. baru la kawan namanya.

sebenarnya aku mals nak bermasam muka dengan kawan-kawan sendiri. geng-geng aku sendiri memprotes sikap mereka yang tak nak menghulurkan sebarang bantuan langsung. dan sekarang ni kami asek dok merungut je la pasal mereka tu. marah, geram semua ada. aku malas nak berbunyi sangat. adalah sikit tapi tak banyak. aku lebih senang menadah telinga dengar geng-geng aku ni melepaskan geram masing-masing je. ada yang perli depan-depan, yang perli dalam twitter pun ada. lawak jugak kadang-kadang. aku pun rasa geram jugak cuma malas nak bersuara sangat. sebenarnya ini semua norma kehidupan dalam persahabatan. dalam persahabatan kalau tak gaduh-gaduh or tak masam-masam muka ni memang tak sah. perkara biasa semua ni. cuma lebih berharap la perkara ni semua boleh settle. benda kecik je pun. yang penting sekali sebagai kawan kenalah sama-sama tolong menolong. kalau tak kat rumah sape je yang boleh tolong waktu susah kita kalau bukan kawan. dan lagi satu dalam belajar ni jangan la lokek or kedekut untuk berkongsi ilmu. tak habis pun ilmu yang kita ada kalau kita share dengan kawan kita. makin bertambah tu ada la.
tak suka la bermasam-masam muka ni.
ok lah geng. wa dah penat. see u all next entry. Saranghea.. wasalam..


sedikit info:

Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.


#untuk mengetahui lebih lanjut boleh la masuk link ni. tolong bagi salam sebelum masuk..

Sahabat, Kawan, Rakan, Kenalan

Sahabat Sejati

Tips Cari Kawan