Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Saturday, 30 November 2013

Kasihnya Ayah

Kasih Ayahku..

Ayah..
beribu kata telah kau ucapkan,
beribu cinta telah kau lafazkan,
beribu sayang telah kau berikan,
beribu keringat telah kau curahkan,
hanya untuk anakmu.

kau ajarkan aku erti kehidupan,
kau ajarkan aku erti kebaikan,
kau ajarkan aku erti kesusahan,
kau ajarkan aku erti kesenangan,

kegagahanmu mengatasi segalanya,
menempuh cabaran tidak kira masa,
walaupun keringat menghentam dirimu,
dirimu tetap tabah mencari sesuap nasi,
untuk melihat anakmu gembira.

segala kesakitanmu disembunyikan,
segala kesusahanmu tidak pernah kau endahkan,
wajah ceriamu sentiasa kau pamerkan,

betapa tabahnya kau wahai ayah,
kau sentiasa berusaha,
memberikan yang terbaik,
tanpa rungutan tanpa meminta balasan.

akan ku bayar semua kesusahanmu,
akan ku bayar semua keringatmu,
akan ku bayar semua kesakitanmu,
akan ku bayar semua pengorbananmu,

kasihmu mu sentiasa membawa kebahagiaan,
terima kasih ayah..

baru-baru ni aku ada telefon abah. rasanya dah lama tak dengar suara dia. tapi aku dah dapat agak dah apa yang akan berlaku kalau aku telefon abah. setiap kali telefon abah mesti akan nangis. aku pun tak tahu kenapa. abah banyak bagi aku nasihat, dorongan, dan kata-kata semangat setiap kali aku ada masalah. abah bagus sangat sebab dia mampu menyentuh hati anak-anak dia setiap kali dia bagi nasihat atau pesanan that is why la aku boleh nangis.

selepas ibu, ayah adalah orang yang paling penting dalam hidup kita. dialah orang yang telah membanting tulang mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya. aku salute dengan abah yang sangat bersabar, kerja kuat sampai lewat malam semata-mata untuk mencari rezeki. banyak pengorbanan dia buat untuk anak-anaknya. pesan abah selalu aku ingat. belajar belajar belajar. solat solat solat. abah tak pernah lupa pesan kat anak-anak dia. abah cakap belajar penting, jangan pernah putus asa. kalau tak ada duit cakap je dengan abah, abah akan tolong yang penting belajar jangan diabaikan. tengok la betapa sayangnya abah kat anak-anaknya.

pada masa ni aku rasa tak sabar nak habis belajar, nak bekerja, nak pegang duit sendiri dan yang paling penting nak suruh abah duduk rumah. aku tahu yang abah dah banyak berkorban. dan sebagai anak kena la balas semua pengorbanan yang abah dah buat. aku percaya tanpa abah aku tak akan pergi sejauh ini. sebab selama ni dia yang banyak support aku untuk terus belajar belajar belajar. walaupun setiap stage aku belajar tak dapat keputusan yang bagus sangat dan hadapi banyak tekanan dan masalah tapi aku tetap bersyukur kerana dah sampai ke tahap ini dengan bantuan dorongan abah.

ada sesetengah ayah yang jenis macam ambik endah tak endah je pasal anak-anak dia. maksud aku dia lebih tertumpu mencari rezeki dan hal-hal lain diberikan kepada ibu. sebenarnya bagi aku semua ayah sangat mengambil berat tentang anaknya. cuma tak tunjuk sangat. biasa la lelaki. nampak macam buat tak tahu je tetapi dalam hatinya tuhan saja yang tahu. tapi abah sentiasa mengambil berat dan sentiasa nak ambik tahu pasal anak-anak dia. tak pernah termiss. memang nampak sangat sampaikan nak pergi tukar duit dekat bank pun dia  telefon tanya macam mana keadaan aku. ada masalah tak... tukar duit kat mana. pergi dengan siapa. hehe.. tapi aku faham. dia buat semua tu untuk pastikan anak-anak dia sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat.

aku akan cuba semampu yang boleh untuk habiskan belajar. tanpa abah aku mungkin tak jadi orang yang dapat pergi sejauh ni. terima kasih banyak-banyak kat abah.

saranghea abah.... ^.^

Seseorang pernah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasul, siapakah orang yang paling harus saya taati di dunia ini??” Rasul menjawab: “ibumu”, “siapa lagi Ya Rasul??” Rasul menjawab: “I bumu”, “kemudian selepas itu siapa lagi Ya Rasul??” orang itu bertanya lagi, Rasul menjawab: “ibumu”, orang itu bertanya lagi kemudian siapa lagi Ya Rasul?”, Rasul menjawab: “bapamu”.

dari hadis di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa darjat seorang ibu 3 kali lebih tinggi dari ayah. so, adakah dengan itu perlukah kita mengurangkan rasa hormat kita kepada ayah? tentu tidak. tidak akan ada seorang ibu bila tak ada ayah. ayah adalah sebahagian dari kesempurnaan ibu.

  1. jika ayahmu menolak untuk membelikanmu sesuatu ,maka percayalah itu adalah jalan terbaik yang harus kau tempuh. sebab seorang ayah mesti akan memikirkan kesan yang akan terjadi kalau salah membuat keputusan. ini adalah untuk kebaikan anaknya. oleh itu, ayah takkan pernah salah membuat keputusan. percayalah.
  2. jika kau bertanya, mengapa ayah tak pernah mengizinmu untuk bercinta sebelum kau betul-betul dewasa. maka jawapanya adalah karana dia tak ingin kehilangan kau. dia tak ingin menjadi lelaki nomor 2 di dunia ini di matamu selepas kekasihmu.
  3. jika kau tak pernah puas dengan pujian ayahmu dan kau menganggap ayahmu tak menghargaimu, kau salah. ayahmu hanya tak nak kau menjadi anak yang terlalu terbuai oleh pujian. dia tak ingin kau menjadi anak yang riak dan besar kepala . dia ingin kau menjadi anak yang baik.