Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Sunday, 22 September 2013

Softball Time

hamboi...bukan main semangat lagi budak-budak ni main

ok, gambar aku tak ada. sebab aku yang tukang ambil gambar

ok, petang ni dapat main softball dengan members. seronok2. keluar juga peluh ni. kalau tak memang terperap je dalam bilik. tidur membongkang macam kongkang. badan pun macam kingkong. hahaha. bila difikir balik seronok kalau main dengan kawan ramai2. memang dapat eratkan hubungan. ye lah bila pergi kelas memang selalu dapat jumpa tapi masing-masing dengan geng masing-masing. jumpa memang jumpa tapi tak dapat nak berborak sakan dengan gelak sama-sama.

rasanya lepas ni hari-hari nak turun padang. exercise dengan diorang. seronok laaa... tapi kesian dekat aku. eh, bukan kesian tapi padan muka. haha. kenapa? ye lah dah lama tak exercise, tiba-tiba turun padang terus main. memang kejang satu badan. lepas main je mula lah waktu malam badan buat hal. sakit sana sakit sini. haah, di padahnya kalau asek dok bilik membuta je.hehehe



sejujurnya aku tak penah pun main softball. erm.. tak pelik kot kan? kalau cakap tak pernah main masak-masak tu mungkin pelik sikit kot. hehehe. selalu tengok orang main. tapi tak pernah cuba. ni lah first time aku main. eh eh, tak, tak, second time. itu pun mula-mula kena paksa turun. kalau tak memang terbongkang dekat bilik je. lepas sekali dah main rasa seronok, tu yang nak main lagi tu. hehe. betul la kata orang kalau tak cuba mana nak tawu. sekarang dah tawu, sekali cuba pasti nak lagi. walaupun pemainan aku sangat teruk.haha aku pukul bola asek tak kena sasaran je. x pakai cermin mata, tak boleh nak fokus. exercise petang-petang tak suka pakai cermin mata sebab panas dan berpeluh. rasa rimas.
ok lah rasanya cukup setakat ni dulu. dah penat, nak study pulak. chow chin chow. Saranghae you all..