Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Monday, 23 September 2013

Lunch Time

ok. hari ni aku lunch makan tomyam ala2 seafood gitu. kawan aku masak. aku tolong buat air je. masa dinner pun makan tomyam jugak. pagi-pagi kawan aku pergi shopping barang-barang yang nak dimasak. aku tak join sekali sebabnya aku ada kerja lain yang kene uruskan. maklum la aku jadi penolong ketua aras untuk blok aku. memang banyak kerja nak kena buat. and then lepas diorang balik kami pun masak bersama-sama. aku tolong buat air je. hehe. walaupun guna perencah tomyam segera je, tapi rasa not bad. boleh tahan. makan sekali macam nak tambah lagi. tapi still tak boleh lawan mak masak. hehe. tapi ok laa. sedap boleh tahan. makan punya makan tetiba teringat kat my bestfriend, qila. dia tak join kami makan sebab dia dah balek rumah. hmmmm...bosan... macam tak meriah. tapi takpe lah. disebabkan lapar aku makan dengan rakusnya.haha



ni lah rupa tomyam seafood kami. peh! memang sodap... penuh dengan sosej, udang, fishball, ketam.. terbaik dari ladang.. oppss,silap. terbaik dari dalam plastik. heheh









tapi mula-mula masak kami ada masalah sikit. masak dengan senang hati dan tak sabar nak makan. lepas siap nak rasa macam mana rasa tomyam kami, tetiba tak rasa apa-apa sebab tak letak garam. payau. rasa tomyam pun tak ada. ingatkan pakai perencah segera dah tak payah letak garam rupanya kena letak. haha. then, aku pergi la buat muka tak malu pergi kafe dengan kawan aku sorang tu mintak garam. orang kafe tu tanya nak buat apa. so, terpaksa la tipu sunat (tak ada istilah tipu sunat) cakap nak buah kumur sebab ada ulser mulut. hahah. tak boleh cakap nak masak  nanti kantoi la. nak ikotkan kami tak dibenarkan masak dalam bilik. hahaha


ni lah rupanya tomyam seafood kami. makan dengan bihun, terbaik der...

senduk pun ada dalam mangkuk tomyam
ok lah. rasa terliur tak? kalau tak, bagus. kalau terliur tak bagus. kena pergi cari tomyam cepat-cepat sebab takut tak sempat merasa. jangan sampai kempunan. terutama pada ibu mengandung. hahah.chow dlu. chow chin chow..saranghae you all....