Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Sunday, 22 September 2013

My Favorite Korean Group

aku suka sangat dengan group ni. SNSD. artis berkumpulan korea yang meletop-letop gitu. tapi auranya lagi terasa bila dekat jepun. peminat yang tak terkira.
ada orang mempertikaikan kenapa la suka sangat dan tergila-gila dengan artis korea ni. tapi bagi ak x salah kot nak suka dekat artis-artis ni as long as kita tak ikut buat benda-benda yang mencemarkan maruah. just suka-suka. bukan buat benda tak baik pun. tapi kalau masih ada lagi yang tak setuju dengan pendapat aku ni up to you. setiap orang ada pendapat masing-masing. 
okay. sekarang nak cerita macam mana aku boleh suka dekat group ni. aku mula suka masa aku belajar di matrikulasi. masa tu tahun 2010. ada sorang kawan aku ni memang minat sangat dengan artis korea ni. dalam laptop dia penuh dengan video korea. ada satu hari tu aku terbuka satu video ni. video SNSD ni la. aku tengok diaorang nyanyi, menari, sejak tu terus suka sangat. comel giler.. semua cantik-cantik. sejak tu aku terus nak ambil tahu pasal group ni. kalau tak salah group ni dah mula terkenal masa tahun 2008. aku terlambat sikit la. tapi tak kisah pun. dan sekarang kalau sape-sape buka laptop aku memang terkejut la. memori laptop dah penuh sebab simpan video-video SNSD. semua ada, music video, lirik lagu, show, iklan produk yang ada SNSD semua ada dalam laptop. mana la tak penuh laptop ni. desktop pun gambar SNSD. wall paper handphone, twitter semua gambar SNSD. memang minat sangat la dekat diaorang ni. 
aku selalu berangan nak pergi korea nak jumpa diaorang. tapi angan-angan tu terlalu jauh bagi aku. mungkin boleh jadi tapi makan masa yang lama la. apapun kalau ditakdirkan aku dapat jumpa diaorang memang sebulan aku x berhenti senyum. hahaha. oka lah that's all for today. bagi siapa yang tak berapa suka tu minta maaf banyak-banyak ye. setiap orang ada minat yang berbeza-beza. SNSD FIGHTING!!! Saranghea you all...