Flaming Arrow Glitter Purple

Pages

Sunday, 29 September 2013

Second Trial

ok. aku nak cerita sikit masalah aku kat korang semua. hehe. bukan la masalah besar tapi nak ikutkan tiap tahun aku mengalami masalah ni. masalahnya adalah memikirkan hadiah apa nak bagi masa birthday kawan. orang kate "ala. watpe nak susah-susah beli hadiah segala. wish dah la." aish, nak ikutkan hati memang malas nak bagi hadiah sebab aku ni dah la pokai memanjang. tapi dah orang bagi kita dulu mesti la nak kena balas. kalau tak macam tak sedap la pulak. lagi-lagi kalau kawan baik sendiri. itu yang bermasalah tu. tak tahu nak bagi apa. nak beli pakaian macam kasut ke, baju ke takut nanti tak padan pulak. dah nanti tak dipakainya. penat je beli nak suruh dia pakai tapi dia tak pakai.

so, fikir punya fikir last-last aku dapat satu idea. aku nak bagi sesuatu yang tak payah keluar duit. jimat. tapi kena sporting sikit la. buat apa? buat video. bukan video yang gambar-gambar semata tu. tapi video kita sendiri. wish melalui video. kena belakon sikit, buat lawak sikit, comel-comel sikit. tapi kena la pro bab edit-edit video. baru nampak tak bosan video ni. aku dah buat untuk kawan aku. jom tengok.  

ni video second trial aku. sebelum ni ada buat jugak tapi tak nak tunjuk sebab malu laa. hehe. lepas buat video ni nak preview kan.. rasa malu sangat tengok muka sendiri. hehe. apa yang penting adalah kena hebat bab-bab mengedit gambar.

dah macam mat lutfi junior dah. hahah. (perasan)

ni ada lagi satu video. yang ini untuk my best friend, qila.



so amacam? minta bagi komen sikit. hehhe. keras macam batu.hhehe. tapi aku rasa ni percubaan terbaik aku. boleh la daripada tak ada. heheh. ok lah semua, nak tidur dulu. ngantuk sangat. hehehe. daa~ saranghae korang.




Thursday, 26 September 2013

Videos Before Sleep

ok, sebelum tidur memang suka nak tunjuk-tunjuk video ni. video comel dari awek-awek cun korea, SNSD. seperti biasa bagi sape yang tak suka tu mintak maaf ea.

untuk lagu yang bertenaga aku paling suka lagu ni. Trick. bila dengar tu rasa bertenaga and agak serious sikit moodnya. best. jom layan..

 
Trick



kalau lagu yang cute-cute and hapening aku paling suka lagu ni. Gee and Way To Go.. comel. MV nye pun best jugak. untuk lagu Way To Go apa yang aku suka adalah konsep dia, melody and lirik dia. lirik  bahasa melayunya kena la search sendiri ea. hapening, full of friendship.and fresh. jom layan..

 
Gee

   
Way To Go



next, lagu yang genre slow and RnB aku suka lagu Touch The Sky, Forever, Complete and All My Love Is For You. tapi yang paling paling paling aku suka lagu Complete. memang best. lagu ni kalau faham lirik nya memang menyentuh perasaan. sesuai kalau nak bagi orang yang tersayang.hehe. tapi kalau nak dikaitkan dengan SNSD sendiri liriknya meggambarkan kekuatan SNSD daripada fans dorang yang sentiasa support sampai ke tahap yang luar biasa. kalau siapa yang ikuti pejalanan perkembangan group ni memang boleh tersentuh hati. banyak dugaan and cabaran dorang lalui sampai la dorang dapat menang banyak awards. kekuatan persahabatan dorang pun sangat bagus. saling sayang-menyayangi, kalau tengok perjalanan dorang sambil dengar lagu ni memang boleh nangis. aku la tapi kalau korang tak tawu la sebab aku terlalu fanatik dengan SNSD ni kan. sebelum layan nak bagi tahu yang lagu  Complete and All My Love Is For You ni dalam bahasa jepun bukan korea. lets enjoy..


                                          
Touch The Sky

                                         
Forever

 
 Complete 

                                         
  All My Love Is For You



sakarang nak jadi juri pulak.hehe . untuk koreografi terbaik aku aku pilih lagu Hoot and Mr. Taxi. smart la diorang punya gaya. meh tengok sama-sama.
 

 
Hoot

                                        
 Mr. Taxi



dalam banyak-banyak album SNSD ni ada satu album yang memuatkan lagu bahasa inggeris. selain The Boys yang ada version bahasa inggeris, ada satu lagu yang fully english iaitu Diamond. aku memang suka gila lagu ni. sedap didengar dan best. hehe.

                                        
 Diamond



lagu yang mv nye paling comel adalah Oh and Echo. memang comel sangat dorang. meh la kita tengok video comel ni....

                                       
Oh

                                       
Echo



sekarang nak bagi tawu lagu yang aku suka untuk genre yang lebih bertenaga pulak. 1st sekali lagu Run Devil Run yang mana lagu ni di buat lepas lagu Oh. sebelum Run Devil Run ni keluar, konsep SNSD ala-ala comel-comel, happening. tapi dengan keluarnya Run Devil Run ni sekali gus mengubah konsep mereka. iaitu daripada comel-comel jadi girl in black and nampak lebih garang sikit. agak mengejutkan juga tapi konsep tu hanya untuk lagu tersebut. dorang still comel lagi.heheh. 2nd lagu Oscar. memang muziknya fresh and bertenaga. and last one but no least The Boys. lagu ni memang best. dorang nampak lebih matang dalam mv ni. koreografi pun not bad. jangan tunggu lagi. jom layan..

                                        
Run Devil Run

                                        
Oscar

                                        
The Boys



alright! before aku habiskan entry aku yang ni, nak bagitahu part yang last sekali. ok, lagu SNSD yang aku rasa paling terbaik, yang perfect, kombinasi koreografi, lagu, melodi, pakaian and personaliti paling terbaik adalah............................jeng,,jeng,,jeng,, haha. macam nak umum pemenang anugerah. ok ok,lagu dan mv terbaik untuk 1st place aku pilih Galaxy Supernova, 2nd place once again Mr. Taxi diikuti oleh I Got A Boy and last but not least Genie. memang terbaik!! untuk pengetahuan, Galaxy Supernova antara lagu versi jepun terbaru dorang sempena mempromosikan samantha thavasa jeans macam yang pernah aku bagitahu dalam entry yang lepas. memang power dance. pakaian memang cantik and style sangat.


                                           
Galaxy Supernova

                                         
Mr. Taxi

                                         
I Got A Boy

Genie

ok. harap korang enjoy. untuk lagu-lagu and mv yang lain aku still suka. cuma aku nak lebih tekankan mana yang aku teramat-amat suka. tak ada pun lagu dorang yang aku tak suka. semuanya memang the best!!! SNSD daebak!!! 
and now aku chow dulu ok, saranghae you all. SNSD fighting!!

Tuesday, 24 September 2013

Our Story

ok, the first class of the week is very boring. Mengantuk, tak faham, dan keliru. Engineering math 3 yang memaksa sistem saraf otak untuk bekerja kuat. Maksudnya, it is too hard to understand. 2 jam kelas macam 2 tahun lamanya. sabar je lah. dalam kelas fluid mechanics pulak agak rilex sikit hari ni sebab just buat soalan tutorial. so, sempat la aku curi-curi ambek gambar dengan my bestfriend, qila.


comel tak awek yang baju putih tu? hehe


gini la gayanya kalau ada masa sikit. suka bergambar. padahal tak cun pun. hahaha. tapi syukur dengan pemberian tuhan. cantik ke tak cantik kita tetap kena bersyukur sebab dilahirkan sempurna. ada mata, hidung, telinga. yang penting cukup sifat. kita sebagai manusia kena hargai pemberian tuhan.

sebenarnya aku nak imbas balik cerita aku masa pergi kem geomatik dan geologi dekat raub, pahang. kem ni melibatkan semua 1st year students and beberapa orang 2nd year students. kem ni mendedahkan dengan suasana sebenar sebagai seorang engineer. ukur tanah. not bad la kem ni. seronok sangat walaupun penat gila. kem 2 minggu berjemur tengah-tangah panas, kena jalan kaki berkilo-kilo meter. tapi best la. macam-macam persaan yang kitaorang rasa masa dekat kem. gembira, sedih, takut, marah. semua ada. gembira bila projek dapat disiapkan and dapat buat kerja sama-sama dengan kawan-kawan. sedih bila kena marah, buat kerja tak betul. takut bila time presentation proposal. marah bila kena paksa turun cepat, tekanan sebelum presentation. memang tu semua dugaan. tapi semua yang pahit akan rasa manisnya kalau dikenang balik.

of course dengan my bestfriend. time lepak-lepak




ni ana yang kuat berangan. tengah tunggu nak makan

ana pakai cermin mata aku. waktu pagi sebelum pergi site


sepanjang 2 minggu kitaorang ditempatkan di resort. tak adalah mewah. bunyinya je yang mewah. time nak buat kerja kitaorang akan bergerak ke site. kitaorang pergi site naik kereta dan hilux. part yang tu memang best. naik hilux ramai-ramai sampai mendak benda tu. hahha



macam ni lah hari-hari kitaorang kalau nak pergi site. best yo...

kitaorang dibahagikan ikut kumpulan masing-masing untuk siapkan tugasan. so, setiap kumpulan diberikan tempat yang berlainan. seronok sebab dapat menjelajah masuk kampung orang. tapi kena jalan kaki untuk siapkan satu tugasan. penat memang penat, tapi seronok.

dah macam pegawai kesihatan nak sembur nyamuk.haha

ni kebun orang yang dah botak. tempat kumpulan aku buat surveying

yang ni my group members. tapi perempuan je sebab budak lelaki hilang entah kemana.

budak group aku yang tengah tekun buat kerja


ni aku dengan kawan aku, biha

kitaorang berjaya habiskan kem ni dengan jayanya. presentation proposal pun berjalan lancar walaupun masa nak present tu jantung macam nak terkeluar. tak dapat menanggung ketakutan.hehe



sementara tunggu presentation start. ambil gambar nak hilangkan nervous
my group members



ambil gambar dengan supervisor

alhamdilillah, tamatlah kem geologi dan geomatik kitaorang. lepas dah penat lelah sepanjang 2 minggu yang macam 2 tahun lamanya. haha. sebelum aku chow, tengok la gambar aku and the geng. ok, that is all. see u next time. saranghae u all.

5 anak dara sunti. cun2 belako.









Monday, 23 September 2013

Video Time Before Sleep

ok, layan video SNSD dulu sebelum tidur. gee.gee.gee.gee.baby.baby.baby

amboii.. comey-comey balako...

tu dulu. versi sekarang agak funky-funky sikit. tapi tetap comel. jom tengok..


                                           

terbaik!!!. jom layan versi jepun pulak...


                                           

yang ni paling terbaru dari SNSD. sempena mempromosi kan Samantha Thavasa Jeans. cantik! elegent!

ok. siapa-siapa yang tak suka tu minta maaf ye. setiap orang ada minat yang berlainan. that's all. nak tidur dulu. chow chin chow.. saranghae you all...

Lunch Time

ok. hari ni aku lunch makan tomyam ala2 seafood gitu. kawan aku masak. aku tolong buat air je. masa dinner pun makan tomyam jugak. pagi-pagi kawan aku pergi shopping barang-barang yang nak dimasak. aku tak join sekali sebabnya aku ada kerja lain yang kene uruskan. maklum la aku jadi penolong ketua aras untuk blok aku. memang banyak kerja nak kena buat. and then lepas diorang balik kami pun masak bersama-sama. aku tolong buat air je. hehe. walaupun guna perencah tomyam segera je, tapi rasa not bad. boleh tahan. makan sekali macam nak tambah lagi. tapi still tak boleh lawan mak masak. hehe. tapi ok laa. sedap boleh tahan. makan punya makan tetiba teringat kat my bestfriend, qila. dia tak join kami makan sebab dia dah balek rumah. hmmmm...bosan... macam tak meriah. tapi takpe lah. disebabkan lapar aku makan dengan rakusnya.haha



ni lah rupa tomyam seafood kami. peh! memang sodap... penuh dengan sosej, udang, fishball, ketam.. terbaik dari ladang.. oppss,silap. terbaik dari dalam plastik. heheh









tapi mula-mula masak kami ada masalah sikit. masak dengan senang hati dan tak sabar nak makan. lepas siap nak rasa macam mana rasa tomyam kami, tetiba tak rasa apa-apa sebab tak letak garam. payau. rasa tomyam pun tak ada. ingatkan pakai perencah segera dah tak payah letak garam rupanya kena letak. haha. then, aku pergi la buat muka tak malu pergi kafe dengan kawan aku sorang tu mintak garam. orang kafe tu tanya nak buat apa. so, terpaksa la tipu sunat (tak ada istilah tipu sunat) cakap nak buah kumur sebab ada ulser mulut. hahah. tak boleh cakap nak masak  nanti kantoi la. nak ikotkan kami tak dibenarkan masak dalam bilik. hahaha


ni lah rupanya tomyam seafood kami. makan dengan bihun, terbaik der...

senduk pun ada dalam mangkuk tomyam
ok lah. rasa terliur tak? kalau tak, bagus. kalau terliur tak bagus. kena pergi cari tomyam cepat-cepat sebab takut tak sempat merasa. jangan sampai kempunan. terutama pada ibu mengandung. hahah.chow dlu. chow chin chow..saranghae you all....


Sunday, 22 September 2013

Softball Time

hamboi...bukan main semangat lagi budak-budak ni main

ok, gambar aku tak ada. sebab aku yang tukang ambil gambar

ok, petang ni dapat main softball dengan members. seronok2. keluar juga peluh ni. kalau tak memang terperap je dalam bilik. tidur membongkang macam kongkang. badan pun macam kingkong. hahaha. bila difikir balik seronok kalau main dengan kawan ramai2. memang dapat eratkan hubungan. ye lah bila pergi kelas memang selalu dapat jumpa tapi masing-masing dengan geng masing-masing. jumpa memang jumpa tapi tak dapat nak berborak sakan dengan gelak sama-sama.

rasanya lepas ni hari-hari nak turun padang. exercise dengan diorang. seronok laaa... tapi kesian dekat aku. eh, bukan kesian tapi padan muka. haha. kenapa? ye lah dah lama tak exercise, tiba-tiba turun padang terus main. memang kejang satu badan. lepas main je mula lah waktu malam badan buat hal. sakit sana sakit sini. haah, di padahnya kalau asek dok bilik membuta je.hehehe



sejujurnya aku tak penah pun main softball. erm.. tak pelik kot kan? kalau cakap tak pernah main masak-masak tu mungkin pelik sikit kot. hehehe. selalu tengok orang main. tapi tak pernah cuba. ni lah first time aku main. eh eh, tak, tak, second time. itu pun mula-mula kena paksa turun. kalau tak memang terbongkang dekat bilik je. lepas sekali dah main rasa seronok, tu yang nak main lagi tu. hehe. betul la kata orang kalau tak cuba mana nak tawu. sekarang dah tawu, sekali cuba pasti nak lagi. walaupun pemainan aku sangat teruk.haha aku pukul bola asek tak kena sasaran je. x pakai cermin mata, tak boleh nak fokus. exercise petang-petang tak suka pakai cermin mata sebab panas dan berpeluh. rasa rimas.
ok lah rasanya cukup setakat ni dulu. dah penat, nak study pulak. chow chin chow. Saranghae you all..






My Favorite Korean Group

aku suka sangat dengan group ni. SNSD. artis berkumpulan korea yang meletop-letop gitu. tapi auranya lagi terasa bila dekat jepun. peminat yang tak terkira.
ada orang mempertikaikan kenapa la suka sangat dan tergila-gila dengan artis korea ni. tapi bagi ak x salah kot nak suka dekat artis-artis ni as long as kita tak ikut buat benda-benda yang mencemarkan maruah. just suka-suka. bukan buat benda tak baik pun. tapi kalau masih ada lagi yang tak setuju dengan pendapat aku ni up to you. setiap orang ada pendapat masing-masing. 
okay. sekarang nak cerita macam mana aku boleh suka dekat group ni. aku mula suka masa aku belajar di matrikulasi. masa tu tahun 2010. ada sorang kawan aku ni memang minat sangat dengan artis korea ni. dalam laptop dia penuh dengan video korea. ada satu hari tu aku terbuka satu video ni. video SNSD ni la. aku tengok diaorang nyanyi, menari, sejak tu terus suka sangat. comel giler.. semua cantik-cantik. sejak tu aku terus nak ambil tahu pasal group ni. kalau tak salah group ni dah mula terkenal masa tahun 2008. aku terlambat sikit la. tapi tak kisah pun. dan sekarang kalau sape-sape buka laptop aku memang terkejut la. memori laptop dah penuh sebab simpan video-video SNSD. semua ada, music video, lirik lagu, show, iklan produk yang ada SNSD semua ada dalam laptop. mana la tak penuh laptop ni. desktop pun gambar SNSD. wall paper handphone, twitter semua gambar SNSD. memang minat sangat la dekat diaorang ni. 
aku selalu berangan nak pergi korea nak jumpa diaorang. tapi angan-angan tu terlalu jauh bagi aku. mungkin boleh jadi tapi makan masa yang lama la. apapun kalau ditakdirkan aku dapat jumpa diaorang memang sebulan aku x berhenti senyum. hahaha. oka lah that's all for today. bagi siapa yang tak berapa suka tu minta maaf banyak-banyak ye. setiap orang ada minat yang berbeza-beza. SNSD FIGHTING!!! Saranghea you all...